Banner
Umum
RUMAH KOSONG TAMAN MESRA BERPENUNGGU? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 23 May 2010 00:31

 

BERPENUNGGU....salah seorang penduduk Blok 20 Awang Rusdi menunjukkan ke arah rumah kosong yang berpenunggu. Gambar kecil Jumain yang pernah ternampak  lembaga berpakaian serba putih duduk di serambi rumah kosong.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SEBUAH rumah kayu, bekas peninggalan Syarikat Pemaju Perumahan yang terletak berhampiran dengan Projek Perumahan Rakyat (PPRT) Taman Mesra yang telah dikosongkan lebih setahun dikatakan berpenunggu.

Last Updated on Sunday, 23 May 2010 00:50
Read more...
 
BAGAIMANA KAMPUNG TINGKALANON MENDAPAT NAMA? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Monday, 09 March 2009 12:15


Mendiang bapa selalu mengkisahkan kepada kami tentang cerita nenek moyang. Pada satu hari lain, saya bertanyakan kepada bapa apa maksud Tingkalanon dan mengapa nama itu dipilih menamakan sebuah kampung.

Menurut bapa, zaman lampau kampung yang didirikan di tepi sungai ini dihuni oleh sekumpulan penduduk yang tidak mempunyai ketua. Aktiviti harian mereka ialah bertani, bercucuk tanam, nelayan, menternak, memburu dan sebagai pencari sumber hutan seperti akar kayu untuk tujuan ubat-ubatan. Kampung tidak bernama ini sangat harmoni dan hidup bersatu padu.
 
Sungai tersebut pernah terkenal dan dikunjungi oleh pedagang luar untuk berjual beli atau melakukan pertukaran dagangan (sistem Barter). Semakin hari semakin berkembang maju dan terkenal. Sehingga la pada suatu hari seawal pagi, hari masih gelap, kampung tersebut tiba-tiba diserang sekumpulan lanun ganas dan merampas harta benda penduduk. Kampung ini hidup di dalam ketakutan kerana mereka tidak mempunyai pejuang yang handal. Perkampungan ini kerap menjadi sasaran lanun selepas itu kerana kekayaan hasil buminya.

Keadaan ini berpanjang beberapa waktu. Pada suatu hari, sekali lagi lanun ini mengganas. Dalam keadaan kacau-bilau, muncul seorang pemuda berpakaian hitam. Kehandalan dan keberanian anak muda ini telah berjaya menghalau lanun keluar dari kampung tersebut malah berjaya mematahkan serangan lanun berikutnya seorang diri. Kehadiran anak muda ini telah menceriakan kembali penduduk desa berkenaan. Ketika ditanya siapakah namanya, anak muda ini ringkas menjawab "Nama saya Tingkah". Pemuda bernama Tingkah ini kemudiannya diminta oleh penduduk menjadi ketua mereka. Kehadiran Tingkah yang handal dan tinggi ilmu ini telah mengembalikan keamanan dan lanun tidak lagi berani mengganggu kampung tersebut.

Penduduk kampung kemudian berpakat menamakan kampung mereka sebagai Kampung Tingkalanun (Tingkah + Lanun)bersempena kehandalan anak muda si Tingkah dan kehebatan lanun yang menggerunkan mereka lalu mereka menggabungkan kedua-dua elemen iaitu 'kehandalan' dan 'digeruni' menjadi asas kesepakatan menamakan sebuah kampung. Hari ini kampung tersebut dipanggil Tingkalanon. Demikianlah kampung Tingkalanon mendapat nama.

Jika anda berkesempatan ke Jabatan Arkib Negeri atau Jabatan Tanah, anda akan melihat peta Sabah ditanda dengan titik warna merah kepada Kg. Tingkalanon, menunjukkan kampung Tingkalanon adalah antara kampung yang terawal sekali di Sabah.

Hari ini, Kampung Tingkalanon telah melahirkan ramai cendikiawan, ahli akademik, ahli politik terkenal, penjawat awam berpengaruh, termasuk melahirkan tokoh-tokoh budaya kimaragang. Ketua Kampungnya terkenal dengan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah penduduk dengan menggunakan kaedah 'lembut' dan berhemah. Pejuang-pejuang silam Kimaragang Tingkalanon selalu menjadi rujukan pihak British kerana kehalusan perjuangan yang berpaksikan diplomasi akal. Zaman millenium menyaksikan anak-anak desa Tingkalanon Bersama-sama dengan kampung-kampung lain sudah ramai memijak kaki ke universiti. Di bawah adalah peta kawasan yang diambil melalui Google Earth.

(Dipetik daripada: Mickey Corner)

 
KONGSI RUMAH DENGAN JIN? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 08 March 2009 18:05

Ada ‘entiti’ jin mendiami ruang yang sama dihuni oleh manusia. Sejauh manakah tolak ansur itu boleh diterima?


PERTEMUAN dengan pemilik sebuah kediaman banglo di Ampang, Selangor ini diletakkan syarat. Pemilik yang hanya mahu dikenali sebagai Asmah tidak mahu gambarnya atau kediamannya diambil dan disiarkan.

Mungkin sukar pada mulanya untuk wartawan Jurnal mendalami situasi sebenar, namun kerana menghormati privasi Asmah, cukup sekadar mendengar cerita yang sudi dikongsinya.

Last Updated on Sunday, 08 March 2009 18:05
Read more...
 
LEGENDA TENGKORAK BERLUDAH PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 11 February 2009 21:25


"Bila kamu sudah dapat meyakinkan orang yang boleh berfikir bahawa sesuatu itu benar, dan orang yang berperi kemanusiaan bahawa sesuatu itu adil, kamu telah mencapai tujuan perjuangan kamu. Orang selalu kehilangan separuh daripada yang dicapai melalui kekerasan. Apa yang diperolehi melalui berhujah adalah diperolehi buat selama-lamanya."

Wendell Philips
1811-1884 Pemidato dan Pejuangan Perubahan Amerika.


TIADA sesiapa yang meminta dilahirkan di zaman Ngayau atau pemburu kepala, namun mereka yang ditakdirkan lahir pada zaman tersebut tidak mempunyai pilihan melainkan mempertahankan kepala sendiri, anak isteri dan suku sakat daripada menjadi habuan suku kaum atau kumpulan lain.

Zaman tersebut pada sekitar tahun 1846 sehingga 1914 tidak memberikan ruang kepada sesiapa untuk memaafkan orang atau untuk mengasihani puak lain, melainkan jika ingin kepalanya menjadi cenderamata kepada salah satu kaum lain. Tidak ada siapa yang dapat melarang atau menghindarkan diri, sama ada memangsakan orang atau dijadikan mangsa.

Read more...
 
LEGENDA BUKIT BAGAHAK PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 11 February 2009 21:09


"Semua kami yang lain ini sama sahaja dengan anda; kami berminat dengan apa yang kami mahu. Jadi satu-satunya cara untuk mempengaruhi orang lain di atas muka bumi ini ialah untuk bercerita mengenai apa yang mereka mahu dan menunjukkan kepada mereka bagaimana mendapatkannya."

Dale Carnegie
1988-1955, Penulis dan Guru Pidato Amerika

PERKAMPUNGAN Bagahak yang terletak di dataran tinggi begitu mendamaikan, apatah lagi tanah-tanihnya subur untuk penanaman padi huma. Ketua mereka, Lamugong memerintah dengan adil sehingga kampung tersebut aman tenteram, penduduknya menolong dan berkasih sayang.

Pada suatu pagi yang cerah, selepas menjemur padi huma, Lamugong menuruni dataran tinggi untuk mencari kimah (sejenis tiram) di laut yang berdekatan dengan kampung mereka. Ketika sibuk mencari kimah yang semakin banyak kerana air mula surut, Lamugong terdengar bunyi bising ayam jantan dan apabila dilihat beberapa ekor ayam jantan sedang mengajak ayam betina memakan padi sambil mencakar padi tersebut.

Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 Next > End >>

Page 1 of 5