Banner
SAPP MULA BERTAPAK DI PEDALAMAN SABAH PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 23 April 2010 17:14

 

Oleh: TULUN TINARU

PERASMIAN empat cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) di Tongod pada 17 April telah dilestarikan dengan jayanya oleh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, dan disaksikan Oleh Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Parti dan kira-kira dua ratus penyokong SAPP telah dilangsungkan di rumah kediaman Manjung Kuasah di kampung Malagatan, Tongod.

N47 Kuamut, Kinabatangan mempunyai masalah tanah yang telah berlarutan sejak sekian lama dan tidak pernah mendapat penyelesaian yang sewajarnya daripada kerajaan BN.

Manifesto BN (UPKO) pada PRU 12 memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tanah di Kuamut termasuk pengeluaran geran, namun dua tahun kemudian masih wujud masalah Khinzir dan pengambilan tanah oleh syarikat-syarikat besar yang berasal dari Semenanjung Malaysia.

Sungguh menghampakan lagi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah memansuhkan permohonan tanah oleh perseorangan yang diumumkan oleh beliau di Dewan Masyarakat Kinabatangan pada tahun lalu sempena pemimpin bersama rakyat.

“Ini menunjukan satu penghakisan terhadap budaya dan tradisi kehidupan masyarakat di daerah ini. Masyarakat generasi muda di kawasan Kuamut masih lagi ramai yang belum memiliki tanah," Itulah antara luahan hati Manjung Kuasah kepada rombongan AMT SAPP.

Dalam ucapan penggulungannya, Yong berkata, jika diberi mandat oleh rakyat pada PRU 13, beliau akan berusaha untuk mengembalikan hak rakyat di Kuamut termasuk hak ke atas tanah adat yang sudah sekian lama terhakis di bawah pentadbiran kerajaan BN.

Terbukti kata Yong, semasa pentadbiran beliau sebagai Ketua Menteri, beliau telah menyampaikan empat ribu keping geran tanah kepada rakyat di daerah Kinabatangan, yang disaksikan oleh Bung Mokhtar Radin dan Joseph Sitin Saang.

Tambah Yong, SAPP juga bercadang untuk mengadakan perayaan pesta kaamatan bersama masyarakat daerah Tongod dalam masa terdekat bertujuan untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat setempat dan bandar.

Last Updated on Friday, 23 April 2010 22:56