| KUNAK PUSAT JUDI KELAS KAMBING? |
|
|
|
| Written by Admin |
| Monday, 08 February 2010 00:35 |
|
JUDI.... Bahagian belakang presmis bekas panggung wayang ini dijadikan pusat judi jack pot.
Oleh: MAHAD KASSIM KUNAK yang sebelum ini terkenal dengan kilang Ikan bilis, Gua Madai dan pegawai Otak Udang kini dikenali sebagai Pusat Judi Kelas Kambing kerana melibatkan pertaruhan kecil tetapi kerap dan melibatkan golongan bawahan. Siasatan Sabahkini.net mendapati kegiatan berkenaan didalangi oleh seorang pegawai kanan berpangkat ASP yang sebelum ini diwar-warkan akan ditukarkan ke Kinabatangan. Pegawai berkenaan seringkali keluar masuk ke Pusat Judi yang merupakan bekas panggung lama dan ianya bukan rahsia lagi kepada penduduk Kunak. Sindiket judi yang paling ketara ialah Jack Pot dan Mesin Kuda di bekas panggung lama Kunak yang terletak di hadapan Pejabat Adun Kunak; selain wahui dan nombor ekor haram yang tertumpu di Pasar dan lokasi tertentu. Mengikut maklumat yang diterima, pada Jumaat lalu, ramai taukeh judi menghantar hamper, limau mandarin dan angpow ke Balai Polis Kunak dengan disaksikan para pembayar cukai yang selama ini gusar kerana aduan mereka lambat disiasat polis, terutama aduan para pekebun kecil yang mengadu ditindas atau dianiaya polis. Selain judi, Kunak juga terkenal dengan kegiatan pengedaran dan penagihan syabu yang didalangi seorang pegawai kanan polis dan anak seorang Kapitan Cina bernama Peter. Isu syabu dan perjudian ini sering dibangkitkan di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Kunak, namun operasi membanteras kegiatan ini sering menemui jalan buntu kerana gagal mendapat kerjasama semua yang memerlukan tindakan Unit D7, Bukit Aman kerana Jabatan Siasatan Jenayah Sabah tidak mampu mengatasi masalah ini disebabkan kekurangan anggota dan persekongkolan beberapa pegawai kanan polis. Kegiatan penyeludupan rokok haram semakin berleluasa di Kunak ketika ini dan Ketua Polis Daerah berusaha keras membasmi kegiatan tersebut, namun kurangnya kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja serta kakitangannya menyebabkan jenayah ini amat sukat dibendung.
|
| Last Updated on Monday, 08 February 2010 01:24 |





















