Banner
RUBIN SUMBANG RM 20 RIBU UNTUK TBC PDF Print E-mail
Written by Admin   
Monday, 08 February 2010 00:34

 

PUKUL.... Rubin (kelima dari kiri) memukul gendang sebagai simbolik pelancaran TBC

Oleh: MAIL MATHEW

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong, Datuk Rubin Balang meluluskan peruntukan sejumlah RM20,000 daripada peruntukkan Adun beliau khusus untuk membiayai kos perayaan Tahun Baru Cina (TBC) bagi tahun 2010 kerana saiz perayaan bukan lagi tertumpu kepada TBC sahaja tetapi turut membabitkan kebudayaan kesukuan lain.

Katanya, beliau kagum menyaksikan perayaan tersebut yang disusun rapi menjadikan modul perayaan itu berkonsepkan 1Malaysia sepertimana yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Tenom berkata demikian ketika berucap melancarkan Perayaan TBC dan tarian singa unicorn tahun 2010 di hadapan kira kira 1,000 orang di Dewan Seri Antanom dekat sini pada Ahad.

Rubin berkata, bersesuaian dengan kalendar masyarakat Cina pada tahun ini merupakan tahun harimau yang antara lain melambangkan kekuatan dan kecergasan, sama ada dari segi fizikal manusia mahu pun ekonomi Negara.

Tambahnya lagi, beliau mengharapkan agar masyarakat di sini tanpa mengira kesukuan agar terus bertekad menguatkan usaha gigih mereka untuk melipat gandakan pendapatan hasil pertanian untuk meningkatkan sosio ekonomi keluarga mereka.

Meskipun terdapat keunikan pelbagai senibudaya khususnya masyarakat Cina tegas Rubin, masyarakat Bumiputra juga sering memberi kerjasama kepada mereka sejak dahulu lagi tanpa memikirkan perbezaan suku dan etnik.

“Kerajaan sesungguhnya senantiasa memberikan sokongan apa juga kepercayaan berunsurkan kebudayaan setiap kaum,” tambahnya lagi.

“Saya melihat bahawa setakat ini tiada satu kaum di negara ini terpinggir mahupun tersisih daripada arus pembangunan perdana, jelas terbukti bahawa kerajaan berlaku adil kepada setiap kaum yang ada di negara ini,” tambah Rubin lagi.

Rubin yang juga Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) menyifatkan Sabah di antara yang kaya dengan adat dan senibudaya pasti akan bersama-sama dengan masyarakat lain terutamanya masyarakat Cina memperalatkan keunikan budaya masing-masing sebagai produk pelancongan.

“Sebab itu kita menggalakkan masyarakat lain agar turut membantu masyarakat Cina dalam memeriahkan lagi perayaan mereka supaya lebih menarik dan memukau pelancong,” tegas beliau.

“Pagi ini kita melihat bahawa bukan sahaja kita rayakan TBC tetapi juga pengisian pengacaraan turut disertai suku suku lain,” tambah Rubin dengan penuh kegembiraan.

Sebaik sahaja upacara pelancaran telah dilaksanakan Rubin, lebih 50 puluh kumpulan tarian singa dan unicorn memperagakan ‘skill’ masing-masing. Tarian tarian kesukuan lain juga turut dipertontonkan seperti tarian ‘Lumigo’, ‘Magunatip’ dan ‘Sumayau’.

.

Last Updated on Monday, 08 February 2010 01:26