| JALAN SAPULUT-KALABAKAN, MISTERI LAPORAN AUDIT |
|
|
|
| Written by Admin |
| Sunday, 07 February 2010 00:49 |
|
Projek Lebuhraya Sepulut-Kalabakan (Sabah) ini menelan belanja (wang rakyat 1 Malaysia) sebanyak RM565 juta, bukannya RM5.65 sen dan dikawalselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Kontrak diberi kepada Gamuda Berhad (Milik Prak) dan juga syarikat Konsortium F.A Irama Duta Sdn. Bhd. (untuk kerja penyukatan dan penyiasatan tanah) dan beberapa sub-kontraktor kecil-kecilan lain. Jangkaan tempoh pembinaan dan penyiapan projek bermula pada 2001 dan siap pada 2007 dan dikatakan ‘telah siap’ pada tahun 2008. Merujuk kepada spesifikasi kerja; Membina jalan raya berturap sepenuhnya sejauh 145 km (sejauh 160 km kata Irama Duta Sdn. Bhd.) Namun sehingga kini, hasil kerja yang disiapkan hanya jalan raya berbatu/gravel (standard) sejauh 145 km, dengan pelbagai kerosakan pada permukaan jalanraya, bahu jalan, tebing/cenuram dan longkang (menurut laporan Audit). Faktor Penyebabnya? (seperti laporan Jabatan Audit Negara 2008); Kerja penyiasatan tanah tidak dilaksanakan dengan sempurna mengakibatkan banyak bahan yang tidak sesuai seperti batang balak digunakan untuk membuat jalan. *Perubahan skop kerja dengan tidak membina jalan berturap terpaksa dilakukan bagi memastikan kos projek tidak melebihi nilai kontrak yang dipersetujui. *Kualiti pembinaan dan penyelenggaraan jalan yang tidak memuaskan. *JKR gagal memastikan kerja penyiasatan tanah dijalankan dengan sempurna sebelum projek pembinaan jalan dimulakan. *JKR gagal memastikan kontraktor bertanggungjawab untuk membaiki segera kerosakan .
Akhirnya, Ketua Audit Negara mengesyorkan JKR supaya memohon lagi peruntukan kewangan tambahan yang mencukupi di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk menyambung kerja-kerja penurapan aspal jalan berkenaan. Kemudian ada pihak yang membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Barulah pihak media perdana memuatkan kes ini sebagai bahan beritanya. Kenapa mesti begini? Tukul berketuk barulah pahatnya berbunyi? Kesian rakyat yang dipaksa bayar cukai setiap tahun, khasnya yang membayar cukai melalui potongan cukai secara berjadual. Wang cukai yang dijanjikan kerajaan untuk tujuan membangunkan negara dan memberi kesenangan kepada rakyatnya, seolah-olah hanya digunakan untuk Memberi Keuntungan Dan Kekayaan Melimpah Ruah Kepada Syarikat Dan Individu Tertentu Sahaja. Bukankah ini satu pembaziran akibat daripada kegagalan agensi kerajaan (JKR) dalam merancang dan melaksanakan tanggungjawabnya? Jika bukan kerana laporan Audit Negara, maka tiada siapalah ‘Pak Menteri’ bertanggungjawab yang mahu membuka mulut. Mungkinkah Benar Ada Unsur Penyelewengan Dan Rasuah Dalam Kes Ini? Demi mempertahankan dan membuktikan integriti organisasi, maka pihak SPRM perlu bertindak telus dan adil, pada kadar yang paling segera dalam kes ini. Sumber: http://malaikatsesat.blogspot.com |
| Last Updated on Sunday, 07 February 2010 01:39 |





















