| BON VOYAGE TO ZAMBOANGA |
|
|
|
| Written by Admin |
| Sunday, 07 February 2010 00:41 |
![]()
Oleh: OMAR QAYYUM & KREW SABAHKINI.NET MUNGKIN para pelancong yang suka menggunakan perkhidmatan feri penumpang daripada Sandakan ke Zamboanga, Filipina tidak menyedari betapa mudahnya Jabatan Laut melepaskan feri berkenaan sekalipun terlebih muatan atau penumpangnya tidak mempunyai dokumen. Krew Sabahkini.net yang menjalankan pemantauan sejak sebulan lalu mendapati, Merinyu Laut Kanan, Daning Tuzan; Merinyu Laut, Haji Suffian; Merinyu Laut, Big Boy dan Pemandu Mazlan; menggunakan kenderaan rasmi Jabatan Laut ke Pelabuhan Sandakan pada awal pagi Sabtu. Agen feri kelihatan membayar sejumlah wang kepada salah seorang daripada pegawai tersebut dan mereka terus ke kedai kopi di Batu Sapi memesan 2 biji telur, roti bakar dan teh. Kesemua mereka akan pulang jam 12 tengahari dan menuntut elaun lebih masa yang akan diluluskan oleh Admiral Horatio Nelson yang bersubahat dengan mereka sejak lebih 20 tahun lalu; apatah lagi Daning akan bersara pada penghujung tahun ini. Feri di Sandakan ini agak kebal kerana seorang wanita Filipina yang menjadi ‘Gundik’ kepada Mantan Pengarah Jabatan Laut, Benjamin Bernard Bijion bernama Rosella Churchill bersama seorang anaknya telah menjadi penumpang tetap feri sejak enam tahun lalu secara Percuma! Amat malang bagi isteri pertama Benjamin kerana tidak mengetahui suaminya mempunyai gundik yang tinggal di Api-Api Centre, Kota Kinabalu sekalipun kelihatan bahagia bersama Benjamin. Sebagai pengamal Monogami, Benjamin mungkin terpaksa merengkok dalam penjara jika isteri pertamanya atau ada pihak lain yang membuat laporan kerana Benjamin berkahwin dengan Rosella di Filipina namun gagal mendaftarkan perkahwinan kedua di Malaysia. Walaupun ketika ini, Benjamin kelihatan bahagia bersama isteri pertamanya, seorang pekerja bank di Labuan bersama tiga orang anak mereka, namun gajinya melebihi RM10,000 sebulan membolehkannya menyara Rosella dan seorang anak mereka tanpa pengetahuan isterinya. Hasil pemerhatian Sabahkini.net, kenderaan rasmi Jabatan Laut digunakan untuk mengutip tol; tetapi pegawai bertugas bukan sahaja makan gaji buta, malah menuntut elaun kerja lebih masa pada hari Sabtu. Mungkin Jabatan Laut boleh dicalonkan di Anugerah Kualiti Asia Tenggara kerana lakonan mereka memperdaya semua Jabatan Penguatkuasa sehingga berjaya menguatkuasakan MSO 1952. |
| Last Updated on Sunday, 07 February 2010 00:44 |





















