Banner
RAHMAHJAN SARAN TERUSKAN AMALAN PERAYAAN PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 07 February 2010 00:35

PUKUL....Datin Ramahjan diberi penghormatan memukul gendang sebagai simbolik memulakan majlis.

Oleh: MAIL MATHEW

KEUNIKAN perayaan di negara ini yang rakyatnya terdiri daripada kepelbagaian kesukuan, etnik, dan keagamaan tidak pernah menjadi masalah untuk meraihkannya pada setiap musim dan digesa agar para pemimpin masyarakat setiap kaum dan etnik di sini akan meneruskan amalan seumpama ini dari masa ke semasa.

“Saya dengan ikhlas ingin mengajak saudara-saudara di sini bahawa kita mesti terapkan nilai-nilai 1Malaysia di dalam diri dan sanubari kita sendiri, supaya perpaduan yang telah sedia wujud sebelum ini akan terus berkekalan,” kata Datin Ramahjan Sulaiman Khan, Ketua Wanita UMNO Tenom ketika berucap di hadapan kira kira 1,000 orang di Dewan Seri Antanom pada Jumaat.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK), Parlimen Tenom, berkata demikian ketika merasmikan majlis malam muhibbah sempena sambutan Tahun Baru Cina (TBC) anjuran Youth Malaysian Movement (YMM) cawangan di sini bersama  Persatuan kebajikan Tai Pak Kung.

Ramahjan berkata, kesungguhan dan kegigihan YMM dan Persatuan kebajikan Tai Pak Kung menganjur majlis secara bersama perlu dicontohi oleh badan kebajikan masyarakat lain agar mengadakan sesuatu majlis secara bersama dalam ertikata lain untuk menambahkan lagi keseriusan perpaduan dan semangat setiakawan  dikalangan  sesama sendiri.

“Saya dan rakan rakan lain dalam wanita UMNO dan BN mengucapkan syabas kepada YMM dan Tai Pak Kung kerana berupaya menganjurkan majlis ini dengan cemerlang,” tegas Ramahjan.

“Saya juga menyampaikan salam daripada ketiga tiga wakil rakyat di sini kepada tuan tuan semua dan jangan berkecil hati kerana ketiadaan mereka atas sebab kesibukan jadual yang ketat yang menyebabkan mereka tak dapat datang,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Kapitan Liew Foh Sin telah diberi penghormatan oleh pihak penganjur majlis untuk melaksanakan upacara ‘membuka mata singa’ di majlis itu yang memberi pengertian bahawa acara tarian singa boleh bermula.

Di penghujung majlis Datin Ramahjan telah mengageh-agehkan sumbangan ‘ang pow’ kepada anak anak dari golongan yang kurang berkemampuan yang hadir pada malam itu.

Last Updated on Sunday, 07 February 2010 00:36