Banner
BUKAN PATI YANG JADI PENGUNDI HANTU? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 05 February 2010 15:57

Dari Kacamata:HALIK ZAMAN

DI SABAH modus operandi pengundi hantu telah berubah. Pendatang Asing yang ada Mykad tidak berani turun mengundi. Wajah mereka senang dicam. Mereka cuma setakat daftar nama sebagai pengundi sahaja. Yang memangkah undi bagi pihak Pendatang Asing adalah ‘Orang Dalam’.

Orang  Asing yang ada Mykad, orang bumiputera dan warga negara yang sudah meninggal dunia. Nama-nama mereka ada dalam daftar pemilih yang telah diwartakan.

Setelah jam 5.00 petang pengundian ditutup. Nama mereka yang didapati tidak turun mengundi maka kesempatan ini akan diambil oleh ‘Orang Dalam’ untuk memangkahnya. Ini mungkin berlaku di Sabah tapi tidak di SEDARI.

Mungkin perkara sebegini boleh berlaku:-

1. Disebabkan wakil calon cuai

2. Wakil calon tidak berpengalaman

3. Wakil calon tidak tegas

4. Wakil calon kena beli

 

Mungkin perkara peranan ‘Orang Dalam’ dilakukan di luar bandar, tidak didalam bandar.

Misalnya setiap kawasan pilihanraya ada 10 tempat pembuangan undi. Sepatutnya setiap satu tempat pembuangan undi wakil calon mesti kira berapa orang yang keluar membuang undi. Kiraan itu mesti sama dengan kiraan Penolong Pengurus Pilihanraya Kawasan. Kalau bercanggah ia mesti ada penipuan.

Setiap wakil calon mesti ada borang yang ditanda tangani dari Penolong Pengurus pilihanraya yang menunjukkan bilangan yang keluar mengundi. Ini dilakukan semua ke10 tempat pembuangan undi, pengundi yang turun mengundi.

PASTIKAN borang yang menunjukkan bilangan pengundi yang keluar mengundi di setiap kawasan pembuangan undi oleh wakil calon itu adalah SAMA dengan catitan dalam borang yang ditanda tangani oleh Pengurus Penolong Pilihan Raya Kawasan.

Kita difahamkan ada borang 13 dan borang 14 disediakan oleh SPR yang menunjukkan angka pengundi yang keluar mengundi untuk kegunaan Penolong Pengurus Pilihan Raya Kawasan tapi borang itu tidak diberi kepada wakil calon, kalau pun dibahagi cuma borang sahaja tanpa ditanda tangani oleh Penolong Pengurus Pilihan Raya Kawasan untuk disahkan.

Last Updated on Friday, 05 February 2010 16:01