Banner
SEDCOVEST PENJUAL LIMAU MANDARIN? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 05 February 2010 15:55

 

 

Oleh: JAMIL NASRAH

MUNGKINKAH anak syarikat Sedco, Sedcovest Sdn.Bhd telah melebarkan sayap perniagaannya dalam bidang pembekalan limau mandarin sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2010?

Ketika Krew Sabahkini.Net mengunjungi lobi lif Wisma Sedco, ada pihak yang menghantar lebih 100 kotak limau mandarin ke pejabat Sedcovest; dipercayai sebagai hadiah daripada para kontraktor yang mendapat kontrak daripada Sedco selama ini.

“Ini sedcovest punya, taukeh suruh hantar,” kata pekerja yang menghantar limau berkenaan namun enggan mendedahkan siapa yang menyuruhnya menghantar limau berkenaan dan segera menghindar diri ketika gambarnya cuba dirakam.

Tidak dapat dipastikan sama ada CCTV Wisma Sedco berfungsi atau tidak kerana jika berfungsi mungkin menantu Ketua Menteri Sabah, Ustaz Datuk Ariffin Ariff sudah pasti melihat ada pihak yang merasuah kakitangannya.

Selaku ustaz lulusan Al-Azhar, sudah pastinya, Ariffin tidak suka jika kakitangannya disogok dengan limau mandarin dan angpau, apatah lagi secara terbuka, seolah-olah Sedcovest mahu membuka pasaraya menjual limau mandarin.

Mungkinkah Mufti Negeri Sabah, Sahibbus Samahah, Datuk Ahmad Alawi mengeluarkan fatwa bahawa pemberian limau mandarin dan angpow untuk menantu Ketua Menteri adalah ‘Halal’ dan ‘Harus’?

Namun sehingga ke saat ini Mufti atau Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah belum mengeluarkan fatwa berhubung isu Limau Mandarin.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam Sedcovest, Valerie Abdul Aziz menghubungi Editor Sabahkini.net kira-kira jam 5.20 petang menafikan laporan berita ini dan menyifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

"Itu bukan limau kami, sebaliknya milik sebuah syarikat insuran yang menyewa bangunan ini," ujar Valarie yang menggesa Editor mengeluarkan berita berkenaan daripada Sabahkini.net kerana berunsur fitnah dan rasuah.

Bagaimanapun, tidak dapat dikenalpasti siapa yang melantik Valarie sebagai jurucakap syarikat insuran berkenaan kerana tidak ada pihak disyatrikat insuran berkenaan yang mahu mengesahkan limau tersebut milik mereka.

 

.

Last Updated on Friday, 05 February 2010 17:39