Banner
SINDIKET JUAL ANAK DI JPKAS? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 05 February 2010 15:40

 

 

Saudara Pengarang,

SAYA berbangga dengan kewujudan laman web bebas ini di Sabah yang mengutarakan masalah rakyat sehingga menjadi ‘Suara Rakyat’ melebihi kehebatan slot ‘Aduan Rakyat’ di TV3.

Sebagai warganegara yang sempat menghirup udara merdeka, saya kesal kerana hak Kerakyatan Sabah yang selama ini menjadi trauma kepada rakyatnya, kini dibebani lagi dengan kerakyatan mudah melalui ‘pengangkatan anak’ dan menyalahguna proses Mahkamah untuk menulenkan kerakyatan ‘anak luar nikah’ atau ‘anak pungut.’

Saya mohon sangat-sangat agar Sabahkini.Net menjalankan siasatan bagaimana begitu ramai anak wanita GRO yang berbangsa ‘Visaya’ daripada Filipina begitu mudah menuetralkan kerakyatan ‘anak haram’ mereka melalui kerakusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Syariah dan Mahkamah Anak Negeri yang menjadikan wang sebagai ‘Tuhan’ mereka.

Dalam hal ini, Jabatan Pendaftaran Negara yang sebelum ini terkenal dengan Sindiket Kad Pengenalan Projek kini dibebankan lagi dengan perintah Mahkamah yang menghendaki mereka mendaftar ‘Anak Angkat’ yang tidak sah taraf sebagai ‘Warganegara’ Malaysia dan diberikan kepada keluarga angkat; hendaklah tegas mendapatkan perintah Mahkamah untuk menangguhkan perlaksanaan memfailkan perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan pengangkatan anak warga asing yang ditulenkan di Mahkamah sebagai Warganegara.

Amat malang sekali proses pengangkatan anak ini didalangi oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS), Ithong @ Etong Terang yang memberi kelulusan dan mengarahkan pegawainya menyediakan laporan sehingga mahkamah membenarkan pengangkatan anak berkenaan sekalipun menyedari ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum kes ini semakin parah, Kerajaan hendaklah meminda Ordinan Pengangkatan Anak 1960 dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang memberi terlalu banyak ruang untuk para penjenayah kolar putih ini memanipulasi undang-undang menjual kerakyatan Sabah kepada Pendatang Asing Tanpa Izin melalui ‘Pengangkatan Anak.’

Dalam soal kerakyatan, kita harus kembali kepada konsep Jus Soli (tanah kelahiran) dan bukannya Jus Sanguinis (pertalian darah) seperti yang diamalkan di Filipina.

Semoga Sabah diselamatkan Sabahkini.Net daripada malapetaka krisis identiti.

Sekian, Terima Kasih,

 

HAMID OTHMAN

Kampung Pasir Putih, Tawau

Last Updated on Friday, 05 February 2010 15:52