Banner
NAHLAN BUKAN KETUA CABANG PKR BATU SAPI? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Thursday, 07 January 2010 17:50

 

Oleh : ZIELAH A

DUA Pertiga Ahli Jawatan Kuasa PKR, Cabang P 185 Batu Sapi, Sandakan telah menghubungi mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah bertanyakan kedudukan AJK Cabang PKR Batu Sapi yang telah meletak jawatan ekoran tidak percaya terhadap kepimpinan bekas Ketua Cabang mereka Nahlan Hj Damsal.

Wakil kepada 2/3 AJK berkenaan Amirbek Laja berkata mereka sering disoal oleh ahli Parti mengenai siapa sebenarnya AJK PKR Batu Sapi memandangkan ahli jawatankuasa lalu yang dipilih telah serentak meletakkan jawatan bagi membolehkan satu jawatan kuasa baru dipilih .

Menurut Amirbek, dalam mesyuarat agung lalu, Nahlan Hj Damsal telah dipilih menjadi Pengerusi setelah OKK Hassnar Hj Ebrahim membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana tidak bersetuju dengan cara beberapa pucuk Pimpinan Parti mengenai apa yang disifatkannya sebagai masalah ‘Agen UMNO’ dalam barisan kepimpinan PKR di peringkat Bahagian dan Perhubungan Negeri.

Hassnar menambah kata, jika kumpulan dalam PKR ini yang sering saja lakukan ‘sabotaj’ tidak diambil tindakan maka PKR di Negeri Sabah akan terus menjadi lemah dan dihancurkan dari dalam.

 

 

BANTU.... Wakil 2/3 AJK PKR Batu Sapi meminta Hj Ansari Abdullah supaya membantu mereka menyelesaikan masalah kepimpinan Batu Sapi yang mereka ibaratkan kini sebagai bergantung tidak bertali.

 

Krew Sabahkini net dimaklumkan bahawa 2/3 AJK Cabang PKR P 185 telahpun membuat undi tidak percaya terhadap Nahlan dengan meletakkan jawatan secara serentak. 

Sewajarnya satu pemilihan baru diadakan bagi memilih seorang Pengerusi atau ketua baru.

“Malangnya walaupun telah diundi tidak percaya, kami dengar Nahlan telah menghadiri mesyuarat di peringkat Perhubungan Negeri sebagai Ketua Cabang PKR P 185,” soal Hj Awang yang turut sama hadir dalam perjumpaan tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi perwakilan PKR, Abdullah Madon berkata, pihaknya berasa kesal dengan keputusan pucuk pimpinan PKR yang memilih mengekalkan kedudukan Dr Jefrry Kitingan walaupun mengetahui tindakannya mengugut pimpinan Parti berupa khianat kepada Parti.

“Menerima balik Dr Jeffry sebagai naib Presiden Parti yang disokong oleh orang seperti Nahlan bukan pendekatan yang bijak,” ujar Abdullah Madon.

Last Updated on Saturday, 09 January 2010 00:55