| PKR DESAK POLIS TANGKAP DAN DAKWA KWAN NGEN WAH KERANA MEMPERDAYA BSKL DAN GUNA DOKUMEN PALSU! |
|
|
|
| Written by Admin |
| Saturday, 12 December 2009 11:51 |
|
Oleh: SALIHIN LADJA MURA PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Silam mendesak Polis diRaja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan rapi, menangkap dan mendakwa seorang Pengarah Kwantas Corporation Berhad, Kwan Ngen Wah yang disyaki menggunakan Sijil Anak Negeri palsu untuk memalsukan maklumat korporat dan menipu Bursa Saham Kuala Lumpur agar mempercayai bahawa syarikatnya adalah berstatus Bumiputera. Ketua Cabang PKR Silam, Johani Abdul Halim ketika menghubungi Sabahkini.net memaklumkan bahawa pihaknya telah membawa isu pemilikan Sijil Anak Palsu ke mesyuarat Jawatankuasa Cabang yang membuat keputusan untuk membuat laporan polis setelah meneliti siaran Sabahkini.net berhubung artikel ‘Famili Kwan Penjenayah Anak Negeri.’ Sehubungan itu, Johani telah membuat laporan polis di Balai Polis Lahad Datu pada jam 12 tengah hari, 11 Disember 2009 melalui laporan bernombor LDU/RPT/7713/09 yang isi kandungannya seperti berikut; “Pada 10/12/2009, leboh kurang jam 8.30 malam ketika melayari internet di restoran Mubarak, Fajar Centre, Lahad Datu, saya terbaca tulisan oleh Mustina R atas tajuk ‘Famili Kwan Penjenayah Anak Negeri’. Sijil lahir yang dimuat naik dalam artikel tersebut bertentangan dengan Seksyen 2 (1) (d) Ordinan Tafsiran Anak Negeri. Jesteru saya mengesyaki sijil anak negeri yang dipegang atau dimiliki oleh Kwan Ngen Wah adalah PALSU. Saya buat aduan ini supara PDRM tangkap dan dakwa Kwan Ngen Wah kerana menipu Bursa Saham Kuala Lumpur melalui Kwantas Corporation Berhad di mana Kwan Ngen Wah palsukan status kaumnya sebagai Bumiputera yang berasal dari Sabah.” Kata Johani, beliau bertindak berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia yang bersidang di Kota Kinabalu pada 15 April 2009 bagi membicarakan rayuan yang didaftarkan di Mahkamah Rayuan S-01-73-01 oleh Hassnar bin Hj Ebrahim @ Asainar yang diwakili oleh Tetuan Ansari & Co mencabar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Y.A Datuk Richard Malanjum bagi kes sivil berkenaan yang dimenangi oleh defendan atas kesilapan teknikal. Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Rayuan, Tengku Datuk Baharudin Shah Tengku Mahmud yang bersidang bersama korum Datuk Md Raus Sharif dan Datuk Abdul Hamid Embong membuat keputusan sebulat suara membenarkan rayuan, Hassnar Ebrahim dalam Kes S22-07 Tahun 1999 untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Sandakan. Menurut Johani, ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan telah menetapkan bahawa Seksyen 17 dan Seksyen 64 Ordinan Tanah Sabah hendaklah digunakan pakai dalam membuat keputusan muktamad dalam kes berkenaan.“Saya merujuk kepada penghakiman Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan tersebut, memutuskan bahawa tidak ada urusan boleh dilakukan di atas tanah geran NT dengan bukan Anak Negeri. Maka Penjualan dan penukaran nama dalam geran antara Anak Negeri dengan bukan Anak Negeri adalah BATAL dan TIDAK SAH,” kata Johani yang meminta PDRM merujuk kes Mahkamah Rayuan ini untuk dijadikan asas siasatan. Menurut Johani, Kwan Ngen Wah telah menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu 243/79 (B) untuk mempengaruhi dan memperdaya BSKL mempercayai bahawa syarikatnya adalah berstatus bumiputera dan membeli tanah NT yang disenaraikan sebagai aset Kwantas Corporation sehingga BSKL memberi pelbagai keistimewaan termasuk pemilikan saham oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di dalam Kwantas. Johani turut mempersoalkan tindakan BSKL yang memberi pengiktirafan kepada Kwantas sebagai Kaunter Patuh Syariah di senarai 19 Sektor Perladangan apabila syarikat berkenaan telah menghalalkan cara termasuk menggunakan dokumen palsu dan merampas tanah Anak Negeri Sabah dengan cara tipuan dan pemalsuan. Tegas Johani, beliau turut kesal kerana KWSP telah melabur wang pencarum untuk membeli 11,248,400 saham dalam Kwantas Corporation Berhad dan turut bersubahat dengan Kwantas menganiaya Anak Negeri Sabah, sebagaimana pendedahan yang dibuat Hassnar Ebrahim sebelum ini di dalam Sabahkini.net. “Kwan Ngen Wah menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu untuk memiliki sejumlah 93,188,632 atau 29.90 peratus saham di dalam Kwantas Corporation Berhad dan membeli lebih 30,000 ekar tanah NT di seluruh Sabah,” ujar Johani yang mempertikai cara Kwantas memperdaya BSKL apabila menggaji 90 peratus pendatang tanpa izin dan warga Filipina di sebuah syarikat berstatus bumiputera, Kwantas Corporation Berhad yang mendapat pelbagai anugerah. Pusat operasi Kwantas sebenar kata Johani ialah di Singgamata, Lahad Datu dan bukannya di alamat berdaftar di K-63-3rd Floor, Signature Office, KK Times Square, Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia dan semestinya bercanggah dengan peraturan BSKL.
|
| Last Updated on Saturday, 12 December 2009 22:27 |






















