| GOTONG ROYONG BERSIHKAN KANDANG KAMBING |
|
|
|
| Written by Admin |
| Thursday, 10 December 2009 06:12 |
|
Oleh: MAIL MATHEW SERAMAI empat penuntut Universiti Putera Malaysia (UPM) kampus Bintulu Sarawak adalah di antara seramai 38 orang kakitangan Korporasi Pembangunan Desa (KPD) dari daerah-daerah lain seperti Sipitang dan Papar, menyertai gotong-royong membersihkan kawasan kandang Pusat Pembiakan Ternakan Kambing Boer bertempat di KPD Bukau, kira-kira 20km dari pekan Beaufort pada Selasa. Gotong-royong tersebut yang diketuai oleh Penolong Pengurus Projek, KPD Sipitang Jesus Arapoc merupakan satu satunya aktiviti dwi bulanan jabatan itu yang antara lain bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan disamping mewujudkan suasana kerja yang sihat. Menurut Jesus ketika memberitahu sabahkini.net, gotong-royong tersebut sewajarnyalah menjadi amalan jabatan itu sebelum ini, kerana selain dapat menyudahkan kerja kerja remeh-temeh yang tertunggak, dapat juga membantu jabatan mengurangkan beban kos ke atas penyelenggaraan atau kerja pembersihan yang jumlahnya agak kecil sedikit. Dalam pada itu, penyertaan gotong-royong oleh empat penuntut UPM dari bahagian Fakulti Pertanian dan Makanan bagi latihan industri di projek ternakan kambing KPD selama lima minggu bertempat di KPD Bukau dan KPD Kabang, dapat menyuntik semangat baru kepada mereka termasuk berkongsi pengalaman dari penuntut penuntut tersebut. Bagaimanapun Jesus menyifatkan gotong-royong tersebut berjaya mencapai matlamatnya dan seterusnya bersyukur dan berterima di atas kerjasama dan komitmen semua peserta gotong-royong tersebut.. Di akhir acara hari itu para peserta gotong-royong dan tetamu kehormat mereka daripada penuntut UPM disajikan makan tengah hari di pondok rehat pusat tersebut.
|
| Last Updated on Thursday, 10 December 2009 11:46 |





















