Banner
LAJINUN TERLALU EGO DAN CELUPAR? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 10 November 2009 22:59
Oleh: MAIL MATHEW

 

KECELUPARAN Thomas Lajinun sekali lagi disanggah mantan Ketua Anak Negeri (KAN) Gonsubin Yosundang dan kali ini disifatkannya sebagai ‘ibarat ayam sabung berkokok tersilap waktu, disangka subuh tetapi masih malam’ yang menggesa penyokong kem Dr Jeffery supaya segera meninggalkan PKR jika sudah tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan PKR khususnya Datin Seri Wan Azizah mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Lajinun perlu faham  bahawa sesebuah parti mempunyai prosedurnya sendiri berlandaskan perlembagaan PKR, jika sekiranya pucuk kepimpinan PKR merasakan kem J menyalahi peraturan parti, bukan Lajinun yang menyibuk tidak tentu arah. Lainlah kalau PKR milik peribadinya atau terpampang notis ‘PKR,Lajinun & Co’ orang lain dalam PKR tak hairan bila kelibat campurtangan Lajinun yang dilihat melampau.

Lajinun tidak perlu begitu bersusah payah sehingga pening kepala memikirkan kem Dr Jeffery hanya kerana mahukan kem Dr Jeffery cepat-cepat keluar dari PKR. Sebaliknya kem Dr Jeffery serta Dr Jeffrey boleh keluar pada bila-bila masa (yang mana sudah pun mahu keluar tetapi diminta oleh DSAI menangguhkannya) iaitu sebaik sahaja perletakkan jawatan mereka (Dr Jeffery) ditandatangani DSAI meskipun kata dua mereka sebelum ini belum ada  jawapan.

“Kita dalam kem Dr Jeffery tidak ada masalah untuk keluar beramai ramai, malah tidak juga menangis teresak-esak kerana kesal meninggalkan PKR di mana selepas itu Lajinun boleh ketawa dan berpesta kerana meraikan peninggalan kami dalam PKR,” tegas Gonsubin.

Gonsubin berkata, Lajinun seharusnya meminta DSAI mempercepatkan penyingkiran kem Dr Jeffery dengan menandatangani surat perletakkan jawatan Dr Jeffrey dan rakan rakannya jika Lajinun teringin sangat penyokong kem Dr Jeffery keluar daripada PKR, daripada berkokok tidak tentu pasal dan sekadar membuang  masa, kerana mungkin juga Lajinun mempunyai taraf keahlian yang sama dengan ahli ahli PKR yang lain terutamanya kem Dr Jeffery.

“Saya sarankan Lajinun supaya jangan suka membaca skrip orang lain yang bersembunyi di belakang tabir, kerana berbuat sedemikian kredibiliti dan etika kewartawanan tuan akan tercemar,” kata Gonsubin.

Gonsubin seterusnya mengharapkan kenyataan Lajinun yang mendakwa bahawa kepimpinan PKR Sabah akan lebih kukuh selepas kem Dr Jeffery meninggalkan PKR menjadi suatu realiti, kerana sebelum penyertaan Dr Jeffrey ke dalam PKR, telah terbukti bahawa PKR ada terdapat bahagian bahagian di Sabah hanya wujud di atas kertas sahaja, apakah ini akan berulang lagi selepas ini?

Keegoan dan keceluparan yang mungkin semulajadi seperti Lajinun dan manusia di sebalik tabirnya, salah satu punca ramai ahli-ahli PKR yang hilang ‘selera’ berjuang dalam PKR, tetapi mereka tak mahu bersuara buat masa ini dan hanya menunggu masa dan ketikanya sahaja.

 

Last Updated on Wednesday, 11 November 2009 07:02