Banner
KONSERT KESENIAN ISLAM BERHIBUR CARA ISLAM PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 03 November 2009 11:40

DENGAN tema "Berhibur Cara Islam", Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau melalui jabatan PASTI telah berjaya menganjurkan Konsert Kesenian Islam di Dewan Masyarakat Tawau baru-baru ini.

"Ini merupakan satu bukti kepada masyarakat Tawau khususnya bahawa PAS tidak pernah menolak hiburan, asalkan dalam hiburan itu kenalah mengikut cara yang dibenarkan dalam Islam. Ada pengajaran yang boleh di ambil" ujar Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Tuan Haji Muhammad Husin.

Persembahan pertama yang sangat comel dari PASTI Farah Ain Merotai (Juara Nasyid, Ihtifal Alam Ria PASTI 2009) cukup menghiburkan hadirin, diikuti persembahan yang sangat mantap dan penuh dengan mesej dari Unit Amal Kawasan Tawau.

Menurut ketua kumpulan nasyid Unit Amal, Adry Sabry, walaupun masa yang sangat terhad diperuntukan untuk latihan namun begitu hasilnya sangat memuaskan.

"Mesej yang kami cuba sampaikan adalah mengenai penderitaan saudara kita di Palestin supaya dapat dijadikan iktibar dan renungan kita bersama yang hadir pada malam ini." kata beliau.

Kumpulan Nasyid The Minds yang tidak asing lagi dari SMK Balung juga telah membuat persembahan diikuti artis jemputan pada malam tersebut, Ustaz Nazrey Johani, bekas vokalis utama kumpulan nasyid popular Raihan.

"Inilah hiburan cara Islam," kata Nazrey disamping memuji kejayaan penganjur menganjurkan konsert sedemikian.

Walaupun julung kali diadakan, konsert ini dianggap berjaya dengan kehadiran mencecah 2 ribu orang menunjukan orang ramai begitu dahagakan hiburan yang boleh mendidik jiwa dan memperingatkan untuk mentaati Allah.

 

Last Updated on Tuesday, 03 November 2009 11:41