| TUN SAKARAN Vs USIA? |
|
|
|
| Written by Admin |
| Saturday, 24 October 2009 16:25 |
![]() Oleh: HAFIZ JAMAIL KEGAGALAN Tun Sakaran Dandai memelihara kepentingan Agama Islam dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk memantapkan pengaruh umat Islam sebagaimana yang digariskan di dalam Undang-Undang Tubuh Usia dilihat sebagai konflik dalaman, Sakaran Vs Usia? Masih relevankan Sakaran memimpin Usia? Pemimpin Islam yang khabarnya 'dikembiri' Sakaran masih belum berani membuka mulut untuk melafazkan ucapan ‘rumah kata pergi dan kubur kata mari’ kepada Sakaran kerana faktor ‘taksub dan fanatik’ yang melampau sehingga sanggup mengiktiraf Sakaran itu Usia dan Usia itu Sakaran. Sehingga ke hari ini, belum ada calon yang muncul untuk mencabar Sakaran sebagai Yang Di Pertua dan semua jawatan hanya ditumpukan kepada Timbalan dan Naib yang Di Pertua dan jawatan kelas Kambing! Ketiadaan ulamak melainkan guru yang mengajar mata pelajaran agama atau Mufti yang tidak layak kerana mengeluarkan fatwa kepada orang bukan Islam di dalam Usia menyebabkan pertubuhan ini lebih kepada Persatuan Kebudayaan dan Sosial yang meletakkan agama sebagai lambang dan pakaian zahir sedangkan Usia memerlukan seorang ulamak untuk memimpin pertubuhan yang membawa aspirasi dan membela kepentingan Umat Islam. Sudah tiba masanya Sakaran berundur dan menjaga anak cucu dengan memperbetulkan nasabnya yang bercelaru kerana berbinkan Dandai sekalipun beliau anak angkat sinonim dengan zaman Jahiliyyah dan mengenepikan hukum Islam demi kepentingan peribadi. Para pemimpin Usia yang walaupun selama ini dikembiri Sakaran harus bangkit membuat perubahan untuk memimpin dan menjurutera Usia sebagai sebuah wadah untuk Umat Islam memperjuangkan untung nasib mereka dan bukannya menjadi harta peribadi Sakaran. Mengikut maklumat dalaman Usia, sehingga kini empat nama disebut-sebut mendapat pencalonan terbanyak untuk bertanding jawatan Timbalan yang Di Pertua Usia iaitu Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin, Datuk Seri Ampung Puyon, Datuk Seri Salleh Tun Said dan Datuk Seri Musa Haji Aman. Namun persaingan datangnya daripada dua penyandang iaitu Lajim dan Ampong yang akan mempertahankan jawatan mereka kerana Salleh dilihat lebih menumpukan kepada tugasnya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan USBO, manakala Musa mungkin menarik diri kerana terus dihanyutkan dengan Skandal Hong Kong. Tambahan pula Musa mula malu dengan kelicikannya selama ini memujuk Pengerusi Perbadanan Pelancongan Negeri Sabah (TDC) yang juga pemilik Alam Mesra Sdn.Bhd, Datuk Tengku Adlin menyerahkan SECARA PERCUMA kawasan seluas 25 ekar daripada jumlah keluasan tanah yang dimiliki oleh syarikat berkenaan di bibir Lebuhraya Sulaman, berhampiran Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada USIA mempunyai maksud yang tersirat dan gagal ditafsirkan oleh umat Islam di Sabah. Kehebatan Musa sebagai seorang peniaga di dalam bush jaket Ketua Menteri Sabah, bijak mencipta ruang dan peluang, Musa telah memperkuda Yang Dipertua USIA ’Seumur Hidup’ Tun Sakaran Dandai untuk membangunkan tanah yang diwakafkan oleh Tengku Adlin kepada Usia sebagai Pusat Maksiat terbesar di Asia Tenggara iaitu 1BORNEO. Kompleks 1BORNEO itu dicadangkan sebagai yang terbesar dan termoden di Asia Tenggara akan dilengkapi dengan HOVERCRAF iaitu sejenis pengangkutan air yang seakan terbang di atas air selepas beberapa minit berlepas dan yang pertama di rantau ini. Laluan Hovercraft ini bakal menjadi mimpi ngeri kepada nelayan sara diri kerana mereka tidak akan dibenarkan menangkap ikan di sepanjang laluan hovercraf berkenaan. Projek bernilai RM1 Bilion itu telah dibangunkan oleh SAGAJUTA (SABAH) SDN.BHD yang dimiliki oleh Raymond Chan Boon Siew, proksi Musa Aman iaitu Mazlan Zakaria dan seorang rakyat Sabah, Tan Tiang Lai. Raymond sebelum ini gagal menyiapkan Projek Rumah Murah Kuala Menggatal melalui Ramajuta Properties Sdn.Bhd yang hanya mempunyai modal berbayar RM2 juta tetapi mempunyai liabiliti sejumlah RM29.125 juta. Belang Raymond mula ketara apabila dimaklumkan bahawa Usia hanya menerima RM5 juta daripada RM10 juta yang dijanjikan atau 1 peratus daripada nilai projek berkenaan dan RM5 juta lagi gagal ditunaikan apabila cek yang diberikan Raymond Chan ditendang bank kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk menyelesaikan jumlah yang tertera di dalam cek. Apakah perjanjian perkongsian projek MEGA ini bestari dan menguntungkan USIA atau Musa mempunyai perancangan untuk menggagalkan projek ini agar dapat diambil alih sebagaimana dia ’merampas’ tanah milik KOSAN yang didirikan Wisma Bandaraya (sebelum ini dikenali sebagai Wisma MUSMAN) kerana sehingga ke hari ini, tanah yang dirampas daripada Usia di luar tabii belum dibayar sepenuhnya. Tanah dan bangunan yang dijanjikan kepada Usia yang terletak di belakang 1Borneo belumpun dibangunkan sehingga kini bagi menggantikan tanah yang dirampas menyebabkan Usia terpaksa menggunakan Dewan 1Borneo untuk mengadakan Mesyuarat Agung yang dijadualkan pada 13 November 2009. Usia menjadi pelarian di atas tanah mereka sendiri, namun Sakaran dan Setiausaha Agung Usia, Abdullah Hussin yang senang lenang di atas kesengsaraan ahli Usia yang menanggung beban hutang jika 1Borneo dilelong dengan harga murah kepada pembeli yang berminat iaitu Sultan Brunei kerana ‘Kompleks Maksiat’ ini gagal menarik pelancong dan gagal menjadi ‘HotSpot’ kepada pengunjung dalam waktu antara lima sehingga sepuluh tahun akan datang.
Kenapakah Sakaran yang mendakwa dirinya sebagai pemimpin Islam bersubahat dengan Musa dan Raymond Chan menjadikan 1Borneo sebagai Pusat Maksiat dan mempelopori kegiatan perjudian dengan melancarkan Kad Platinum yang ditaja oleh Kumpulan Genting yang terlibat dengan Kasino di Genting Highland? Apakah kepentingan Usia dalam pelaburan hartanah 1Borneo? Tidak ada seorangpun Majlis Tertinggi Usia yang dikembiri ini mengetahui skima pelaburan Usia kerana masih menjadi rahsia dan hanya diketahui oleh Sakaran dan Abdullah Hussin? Rendahnya moral Sakaran yang mengaku gurunya Abah Anum @ Tajul Ariffin kerana MENGHALALKAN segala kegiatan maksiat di 1Borneo sehingga menggelincirkan iman umat Islam dan menggadai maruah Umat Islam yang menaruh harapan yang tinggi kepada Usia untuk membimbing mereka ke jalan yang benar. Ramai wanita Melayu menjadi Pelacur, promoter arak dan Callgirl di Hotel dan Pub yang tumbuh bagaikan cendawan di Kompleks 1Borneo milik Usia! Ketika operasi bersepadu mengusir Pendatang Asing Tanpa Izin baru-baru ini, 1BORNEO didapati menggaji lebih 1,300 pendatang asing tanpa izin secara haram? Di manakah penguatkuasa Imigresen, Rela, Polis, Pasukan Petugas Khas Persekutuan dan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah yang diterajui Musa? Sudah bankrapkah usahawan Melayu atau bumiputera sehingga Usia menjalinkan kerjasama dengan Raymond yang hanya mempunyai modal RM2 juta menjalankan usahama dengan Warisan Harta yang mempunyai modal berbayar RM393 juta! Secara tidak langsung, Tun Sakaran membenarkan Musa dan Raymond Chan Boon Siew menjadikan Usia sebagai ‘Perempuan Simpanan’ kerana tapak seluas 25 ekar itu pada asalnya diluluskan untuk membina UNIVERSITI ISLAM ANTARA BANGSA SWASTA yang dimiliki USIA atau projek lain yang memberikan manfaat kepada rakyat Sabah atau ahli USIA secara keseluruhannya? Sudah tidak adakah kontraktor yang dimiliki umat Islam ISLAM atau orang Melayu? Apa pandangan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah atau Dewan Perniagaan Melayu Malaysia? Bukankah menantu Sakaran, Haji Mohd Yusof Afdal adalah ahli DBPS? Berdasarkan senario terkini, sudah tentunya Mesyuarat Majlis Tertinggi Usia dan Mesyuarat Agung Usia yang bakal diadakan pada 29 Oktober 2009 dan 13 November 2009 adalah haram kerana tidak menyatakan kedudukan sebenar operasi dan kewangan Usia disebabkan cek tendang Raymond Chan dan harta milik Usia yang dilucut hak kepada Raymond tanpa kelulusan Majlis Tertinggi dan Mesyuarat Agung. Menurut maklumat daripada Pendaftar Pertubuhan Sabah (ROS) ada pihak yang telah menghantar surat dan akan memfailkan bantahan rasmi agar mesyuarat agung berkenaan ditangguh atau dibatalkan kerana banyak cawangan tidak menghantar Penyata Tahunan sejak lima tahun lalu dan terdapat ramai ahli hantu yang menyamar menjadi ahli sah kerana Usia tidak mengendalikan rekod keahlian dan cawangan secara online. Jurucakap ROS juga memaklumkan Usia tidak pernah melantik Pemegang Amanah dan Badan Menjaga Harta dan gagal mengisytiharkan harta milik Usia sehingga pelupusan harta Usia dilakukan Majlis Tertinggi tanpa Persetujuan Mesyuarat Agung kerana semua minit dibuat di atas ‘Meja’ dan bukannya melalui prosiding mesyuarat. Sehubungan itu, ramai ahli Usia mencadangkan agar semua cawangan dan bahagian Usia wajar ditaja semula kerana gagal menghantar penyata tahunan dan gagal mengemaskinikan rekod keahlian sehingga perwakilan yang dipilih hanya dibuat oleh Ketua Bahagian Usia tanpa melalui persidangan yang mencukupi korum. Sikap cuai dan tidak amanah Sakaran mentadbir urus dan menjaga harta Usia menjadikan beliau adalah musuh sebenar Usia! NOTA: Grafik yang disertakan adalah superimpose bagi menggambarkan senario sebenar perjuangan Usia yang membenarkan dua buah pub dan tiga buah lounge hotel yang menjual arak, tubuh wanita dan pil estacy. Walau bagaimanapun ianya hanya illusi penulis dan bukannya realiti sebenar.
|
| Last Updated on Saturday, 24 October 2009 17:40 |





















