Banner
KOTA SEPUTEH TIDAK KOSONG: SPR PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 01 September 2009 22:59

 

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah dan masih disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hassan Sarif sebagaimana diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Datuk Abu Hassan Sarif sudah dua penggal  berturut-turut tidak hadir dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah. Menurut Perlembagaan Negeri Kedah barang sesiapa Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah tidak hadir dua penggal berturut turut di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah maka Speaker diberi kuasa untuk mengosongkan kerusi tersebut dan PRK diadakan di kawasan tersebut.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah telah menghantar surat kepada SPR untuk diisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputih Kedah tersebut tetapi Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof membuat kenyataan akhbar petang tadi memutuskan tidak berlaku kekosongan dan DUN Kota Seputeh masih sah disandang oleh Wakil Rakyat Barisan Nasional.

Apakah punca perkara peruntukan Perlembagaan Negeri Kedah itu bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan SPR? Kenapa pula ada percanggahannya? Pengerusi SPR gagal untuk memberi sebarang penjelasan atas dasar apa PRK tidak boleh diadakan? Atas dasar apa Perlembagaan Negeri Kedah itu tidak boleh digunapakai?

Mengambil kira perletakan jawatan tiga ADUN Perak yang surat perletakan jawatan mereka tidak berhari bulan dan surat itu bukan atas kerelaan mereka dibuat? Tapi kes ADUN Seputeh Kedah berlainan kerana Datuk Abu Hassan Sarif melanggar peraturan Dewan Undangan Negeri Kedah kerana ketidak hadiran beliau di Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah tanpa memberi tahu Speaker?

Mungkinkah UMNO/BN Kedah mungkin takut  kerusi ADUN UMNO itu jatuh lagi ke tangan Pakatan Rakyat dan ia pasti mengundang malu besar para pemimpin UMNO kerana terlepas cakap yang Pakatan Rakyat sudah ditolak rakyat dan tidak ada sokongan dari akar umbi?

Kalau apa yang kita fikirkan ini disanggah oleh para pemimpin UMNO, kenapa takut berhadapan dengan undian rakyat untuk menguji kepercayaan rakyat dengan kepimpinan UMNO atau tidak?

Last Updated on Tuesday, 01 September 2009 23:00