|

Oleh: HALIK ZAMAN
Bila pemimpin UMNO bersuara lantang, nak turun padang untuk memperkukuhkan kembali kekuatan UMNO, maka seluruh anggota UMNO pun bersemangat seolah-olah UMNO itu telah hidup kembali dari mati.
Rakyat pun mendengar berita media perdana yang hangat memperkatakan kehebatan UMNO dan memperlekehkan PKR, PAS dan DAP kononnya kini "Pakatan Pembangkang" sudah lemah, sudah tidak disokong oleh rakyat lagi. Mereka tangkap Anwar Ibrahim buat pertuduhan meliwat Saiful, sumbat Anwar satu malam dalam lokap, untuk membantu siasatan polis kononnya. Saiful pun bersumpah laknat di masjid menjunjung Al-Quran bahawa dia sudah diliwat sehingga Anwar pun dicabar oleh semua pemimpin UMNO supaya turut bersumpah laknat bahawa dia tidak meliwat sedangkan kita tahu bahawa semasa perbicaraan dimulakan, Anwar pasti akan bersumpah.
Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pun mula memainkan peranannya dengan menangkap YB PKR termasuk menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim rasuah lembu, buat kenyataan akhbar dan televisyen, Astro Awani. Pemimpin UMNO pun mendabik dada, kononnya mereka lah 'the champion' dan bergema lah sorakan ahli ahli UMNO di seluruh kampung. Bila Pilihan Raya Umum Malaysia pun diadakan pada Mac 2008, 5 Negeri telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat, Wilayah Persekutuan juga turut dirampas dari UMNO/BN. Kerajaan BN pun membentuk Kerajaan Pusat tanpa suara 2/3 dalam Dewan Rakyat, maka pemimpin UMNO pun menggelabah. Ada juga yang mati sakit jantung. Bila Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Kuala Trengganu diadakan. Segala kekuatan UMNO/BN dikeluarkan, termasuk memberikan Mi Segera Kerajaan BN kepada rakyat. Satu demi satu keputusan Pilihan Raya Kecil itu berpihak kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat bertambah gah lagi. Pemimpin pemimpin UMNO diam seketika. Andaian mereka terpesong lagi. Bahan kempen UMNO dalam Pilihan Raya Kecil, di highlight-kan Anwar meliwat Saiful, sumpah laknat Saiful, YB-YB PKR rasuah dan Menteri Besar Selangor rasuah lembu, sudah tidak masin lagi diasak kemulut para pengundi. Maka para pemimpin UMNO mula menukar strategi, menuding jari ke arah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Kredibiliti Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dipertikaikan, beliau dikatakan lembik, tidak tegas, terlalu lembut, suka tidur, tidak tahu buat kerja, orang muda tidak suka kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Satu strategi telah pun diatur melalui kroni dalam UMNO ke setiap Cawangan, Bahagian UMNO, menyuarakan hasrat akar umbi dari Cawangan dan Bahagian untuk menasihatkan Pak Lah supaya tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden UMNO. Beliau diminta bersara dengan hormat dari jawatan Presiden UMNO sekaligus bersara jadi Perdana Menteri Malaysia. Maka berlakulah dalam UMNO antara Pak Lah dan Najib main "sorong papan tarik papan". Akhirnya Pak Lah terpaksa akur dengan Najib sebagai penggantinya dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak dalam bulan April 2009, berlaku lagi dua Pilihan Raya Kecil di Semenanjung, Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah. Dalam PRU Mac 2008 Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah, majoriti kedua dua calon Pakatan Rakyat yang dahulu itu, cuma kecil sahaja. Tapi bila keputusan Pilihan Raya Kecil diumumkan kemenangan Pakatan Rakyat, majoriti calon Pakatan Rakyat, dua kali ganda lebih banyak dari PRU 2008. Dibawah kepimpinan Dato Seri Najib juga, tidak dapat mengubah senario politik UMNO, kekalahan calon UMNO berlambangkan Barisan Nasional, dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang Perak dan Bukit Selambau Kedah, sudah boleh dijadikan kayu pengukur bahawa rakyat sudah menolak Najib dan UMNO/BN Walaupun kita sudah dengar suara pemimpin muda UMNO yang ada sekarang di bawah kepimpinan Najib, nak turun padang, untuk memperkukuhkan kembali kekuatan UMNO, biarpun seluruh pemimpin muda UMNO berusaha dengan penuh bersemangat, namun ianya tidak dapat merubah senario politik UMNO. Najib sebagai 'Comander In Chief' dalam arena politik UMNO/BN, memberi arahan kepada semua peringkat pemimpin UMNO dan BN, turun padang berjumpa rakyat bersama-sama beliau. Dalam stesyen TV kerajaan dan Astro Awani, memang betullah kita lihat ada tiga ribu orang hadir mendengar drama kutuk-mengutuk itu. Masalahnya, yang datang mendengar ucapan Najib dan Menteri-Menteri UMNO/BN itu, cuma ahli-ahli UMNO sahaja, di sekitar mereka juga. Sama juga senario politiknya berlaku dalam PRU 2008. Malah kini kebanyakan ahli UMNO dan BN pula yang tertarik dengan halatuju Pakatan Rakyat. Buktinya semua Pilihan Raya Kecil di Semenanjung dimenangi oleh Pakatan Rakyat dengan majoriti berganda termasuk merampas kerusi UMNO/BN sendiri di Kuala Trengganu, dengan majoriti yang besar sekali. Lagi buruk anggapan pengundi pengundi di seluruh Malaysia, bila kes lompat melompat terjadi di Perak, hingga Kerajaan Pakatan Rakyak terpaksa bertukar tangan. Walaupun Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan dari segi perlembagaan BN menang dalam perbicaraan, namun dari segi etika dan moral, Pakatan Rakyat menang di mata pengundi pengundi Malaysia. Yang penting kemenangan di hati dan di mata rakyat. Mungkin kekalahan Pakatan Rakyat di mahkamah itu satu hikmah dari Allah swt. mungkin juga boleh dikatakan PR "Lost The Battle And Win The War", dalam PRU13 nanti. Siapa tahu?. |