| BILAKAH MAT SALLEH AKAN BERGELAR TUN? |
|
|
|
| Written by Admin |
| Sunday, 17 May 2009 12:12 |
|
Saudara Pengarang,
Saya amat berminat dengan tulisan saudara bertajuk Pesta Lepa-Lepa Milik Siapa? yang disiarkan pada 7 Mac 2009 bagaimana seorang anak Tidung dari Bolongan, Nunukan, Indonesia mendapat gelaran tertinggi negara yang bergelar 'Tun' sedangkan jasanya tidak seberapa berbanding Al-Marhum Mat Salleh, Pahlawan Sabah.
Penjajah telah berusaha keras untuk menghilangkan Mat Salleh daripada muka bumi ini akhirnya tercapai pada 31 Januari 1900, apabila Kekebalan Kubu Mat Salleh dirobohkan melalui pembelotan Gunsanad Kina (Moyang Musa Aman).
Sebagai penghinaan terhadap Mat Salleh, Inggeris telah membina tugu peringatan dengan meletakan papantanda yang begitu menyayat hati kita, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata\North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.
Namun kita yang menghirup udara kemerdekaan tidak harus melupai jasa seorang wira yang telah berkorban demi kemerdekaan negara kita dan membebaskan Sabah daripada cengkaman penjajahan.
Jika seorang Tidung yang memalsukan keterangan diri untuk penjadi Pegawai Kerajaan sehinggalah kepada pembesar negeri dan dianugerahkan gelaran 'Tun' melalui pembohongan demi pembohongan, kenapakah tidak ada pemimpin Sabah yang terfikir untuk mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan menganugerahkan gelaran 'Tun' kepada Mat Salleh?
Semoga semangat 1Malaysia kita jadikan cabaran untuk mengikis sifat-sifat buruk sangka yang ada di dalam diri kita agar kita dapat dicontohi dan menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu menjaga dan mempertahankan prinsip Rukun Negara secara komited; 1. kepercayaan kepada Tuhan Semoga kita tidak melupai jasa pahlawan kita dan saya mencadangkan agar tahun 2009 dijadikan sebagai Tahun Pingat SIFAR daripada DYMM Yang Di Pertuan Agong untuk memberikan gelaran 'Tun' kepada Pahlawan Sabah, Mat Salleh. Yang Benar,
SHARIF MUSA SHARIF MABUL LAHAD DATU, SABAH.
|
| Last Updated on Sunday, 17 May 2009 12:13 |




















