|
POKOK, MONUMEN SEJARAH PAKATAN RAKYAT? |
|
|
|
|
Written by Admin
|
|
Monday, 09 March 2009 16:12 |
|
Share  "Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula TEMPAT BERSIDANG”.
Untuk menjadikan lokasi persidangan tergempar tersebut satu memori paling indah, usaha menanam pokok-pokok kenangan itu disarankan oleh Nga Kor Ming semalam.
Idea amat unik bercambah dari benak Nga menjadi bertambah unik apabila pokok-pokok itu akan dinamakan dengan lima prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.
Maka setiap tahun kelak akan adalah perhimpunan besar-besaran pemimpin bersama penyokong setia di bawah pokok bagi mengingati peristiwa tersebut.
5 pokok ditanam
Pakatan Rakyat akan menanam lima pokok, esok berhampiran tapak ‘sidang tergempar’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Selasa lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, berkata lima pokok itu akan dinamakan ssempena lima prinsip yang menjadi moto Pakatan DAP,Pas dan PKR ketika ia mentadbir Perak sebelum bertukar kepada Barisan Nasional (BN) bulan lalu selepas tiga anggota pembangkang keluar parti masing-masing untuk menyokong BN.
Lima prinsip itu ialah keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan Untuk membaca selanjutnya, sila lawat blog Uncle Jarum.
|
|
Last Updated on Monday, 09 March 2009 16:13 |