Banner

TIKET BAS MAHAL DAN SEMPORNA KERING KONTANG PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 22 August 2012 00:34
Share

Saudara Pengarang,

SAYA ingin membuat aduan berhubung harga tiket bas ekspress yang terlalu mahal terutama bagi destinasi Semporna-Sandakan yang dinaikkan sehingga RM55 sedangkan sebelum ini hanya RM30 sahaja. Mengapa tiada pemantauan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) atau KPDNKK di bawah Akta Percatutan?

Saya juga merasa kesal kerana sekalipun sudah hampir 49 tahun Sabah merdeka dan Shafie Apdal dilantik sebagai Menteri Kabinet Persekutuan, namun masalah bekalan air di Semporna semakin meruncing. Sekalipun beratus juta dicurah masuk ke Semporna bagi menaiktaraf bekalan air, namun banyak kampung di Semporna masih kering kontang?
Saya juga ingin menarik perhatian bahawa saya malu kerana Semporna sinonim dengan gelaran Pekan Sampah kerana Majlis Daerah gagal menyediakan tong sampah yang mencukupi dan gagal menguatkuasakan Undang-Undang Anti-Liter sehingga Semporna seolah-olah berada di tempat pembuangan sampah?

Inikah hadiah bagi rakyat Semporna di ambang sambutan Hari Kemerdekaan? Di mana semua wakil rakyat?

Salam Hormat,

EINZA GD

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Wednesday, 22 August 2012 00:36