| PAS TIDAK MEMUSUHI SULUK! |
|
|
|
| Written by Admin |
| Sunday, 19 August 2012 12:39 |
|
Share
Saudara Pengarang,
SAYA mengambil perhatian terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mohd Zaki Harry Susanto, Setiausaha Persatuan Etnik Suluk pada 17 Ogos 2012 yang meminta saya menarik balik dan memohon maaf terhadap kenyataan saya bertarikh 14 Ogos 2012.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peringatan kepada saya. Saya mengambil tindakan menyemak kenyataan saya yang diterbitkan oleh salah sebuah akhbar tempatan pada tarikh tersebut dalam edisi melayunya dan edisi inggeris pada keesokan harinya (15 ogos).
Saya dapati terdapat kesilapan penekanan terhadap ucapan saya yang menyebabkan timbul kekeliruan di pihak mereka yang terbabit. Ada tiga perkara yang menjadi point utama saya dalam membicarakan RCI yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
Pertamanya, saya melahirkan kekecewaan apabila Panel yang menggangotai RCI berat sebelah kerana tidak menggambil mereka yang terbabit dan berkredibiliti dalam penyelidikan dan pendedahan IC Projek. Antara nama yang saya cadangkan perlu dimasukkan ialah Dr Chong Eng Leong dan Tan Sri Simon Sipaun.
Kedua, saya meminta di samping tumpuan terhadap mereka yang memiliki IC Projek, penekanan juga perlu dilakukan terhadap dalang terbabit. Hukuman keras perlu dikenakan terhadap mereka.
Ketiga, saya meminta agar Undang-undang mengenai Native iaitu Interpretation (Definition Of Native) Ordinance (Sabah Cap. 64) diperkasakan. 'Indegenous People' atau orang Asal dalam (2) (1) (a) perlu diperincikan dengan memasukkan terma suku-suku kaum dan etnik yang diiktiraf di Sabah seperti Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain.
Ini juga adalah saranan Lord Cabold dalam LAPORAN COBOLD yang meminta Ordinan ini perlu diselaraskan sewaktu proses penubuhan Malaysia, dan Sarawak telah berjaya melakukannya dengan memasukkan etnik yang diiktiraf dalam Undang-undang Native mereka malah ia termasuk juga etnik Dusun dan Murut.
Saya juga menjelaskan Ordinan tersebut [Interpretation (Definition Of Native) Ordinance (Sabah Cap. 64)] tidak menggambarkan realiti sebenar Sabah apabila suku-suku kaum dan etnik yang diiktiraf ini tidak dimasukkan sedangkan dalam (2) (1) (c) suku kaum Suluk, Kegayan, Simunul dan Ubian yang mereka sebut (kononnya) sebagai PATI dinyatakan secara jelas dalam undang-undang tersebut.
Oleh itu saya ingin menyatakan;
1. Saya TIDAK PERNAH menyarankan dan tidak pernah meminta supaya mana-mana suku kaum dan etnik terbabit dalam artikel (2) (1) (c) yang terdiri dari suku kaum Suluk, Kegayan, Simunul dan Ubian dikeluarkan daripada Undang-undang Native bagi bagi Sabah [ Interpretation (Definition Of Native) Ordinance (Sabah Cap. 64)].
2. Saya juga TIDAK PERNAH dan tidak berniat mempertikaikan suku kaum terbabit dalam Ordinan berkenaan memandangkan ucapan saya hanya menggunakan suku kaum dalam artikel (2) (1) (c) terbabit untuk menyindir kepemimpinan yang lantang dalam RCI sedangkan sewaktu mereka memerintah, dan menguasai majoriti DUN mereka tidak pun memasukkan Suku Kaum dan etnik yang diiktiraf dalam Ordinan berkenaan.
Saya yakin apa yang berlaku adalah kekeliruan yang berlaku akibat ruang penekanan yang disiarkan terhadap ucapan saya dan berharap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan.
Salam Hormat,
LAHIRUL BIN LATIGU
Ketua Pemuda Pas Sabah
|
| Last Updated on Sunday, 19 August 2012 12:42 |
























