| TEKSI DI SABAH BANYAK MENGANGGUR? |
|
|
|
| Written by Admin |
| Sunday, 19 August 2012 11:33 |
|
Share
HADIR…keadaan Dewan Masyarakat Sandakan dipenuhi oleh 198 para pemandu Teksi yang akan menerima Baucer TR1Ma. Gambar sisipan Teo.
Oleh : SHAIMON S JUAMDI Foto : SAFFIE S JUMADI
TEKSI di Sandakan bukanlah seperti di Semenanjung Malaysia yang sentiasa bergerak dan mempunyai pelanggan, sebaliknya pemandu-pemandu teksi Sandakan terpaksa menunggu berjam-jam di pangkalan (parking Taxi) bagi mendapatkan pelanggan dan kekerapan penggunaan amatlah sedikit bilangan pelanggan.
Keadaan ini menyumbang kepada pendapatan yang agak terhad bagi pemandu-pemandu teksi dan dalam hal ini pihak LPKP terus membantu pengusaha teksi di Sandakan yang sering berhadap dengan pelbagai dilema.
Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Datuk Teo Chee Kang berkata demikian ketika memberikan ucapan alu-aluan di Majlis Pengagihan Baucer TR1Ma kepada 184 orang pemandu teksi Daerah Sandakan yang disempornakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong di Dewan Masyarakat Sandakan, baru-baru ini.
Kata Teo, sehubungan itu pihak LPKP Sabah telah menghalusi dan meneliti melalui memorandum-memorandum yang disampaikan oleh persatuan teksi yang menjurus kepada beberapa faktor dan perkara-perkara berikut.
“Had umur teksi bagi seluruh Sabah telah dinaikan dari 15 tahun ke 18 tahun, lanjutan umur ini diharapkan akan dapat membantu pengusaha teksi mencari tambahan modal bagi menggantikan kenderaan yang sudah uzur bagi tempoh 3 tahun lagi sebelum kenderaan mereka jadi besi buruk.
"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kiraan millage kilometer teksi di Sabah yang amat rendah jika dibandingkan dengan teksi di Semenanjng Malaysia,” ujar Teo.
Teo menambah penerimaan Baucer TR1Ma kepada para pemandu teksi yang disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga selaku Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong pada hari ini sekali lagi membuktikan keprihatinan Kerajaan BN pada rakyat terutamanya terhadap para Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa.
“Saya dan LPKP Sabah amat faham bahawa bantuan sebegini rupa amat perlu kerana kenderaan mereka bergerak hampir setiap hari dan dengan adanya baucer ini sekurang-kurangnya akan dapat menampung kos operasi para pemandu teksi dari segi penggantian tayar sebanyak 4 biji,” jelasnya.
“Saya juga ingin menarik perhatian bahawa bantuan ini bukanlah satu retorik pilihanraya sahaja namun sebaliknya sesuai dengan slogan 'Janji Ditepati' Barisan Nasional (BN)," terangnya.
Teo berkata lagi, perkhabaran gembira ini untuk semua para pemandu teksi bahawa bantuan serupa ini akan diberi sekalilagi pada tahun depan tanpa perlu mengemukakan semula permohonan. Semua yang menerima pada hari ini mereka sekali lagi bakal menerima tahun depan.
“Saya dan LPKP Sabah dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Berat yang beroperasi di Semenanjung Malaysia sentiasa dan sedang mencari alternatif tambahan bagi penambahbaikan perkhidmatan para pengusaha teksi,” katanya lagi.
Beliau seterusnya mengingatkan kepada rakyat bahawa kerajaan BN yang ada pada hari ini adalah lebih prihatin dan lebih berkebajikan dari pada mereka khususnya parti-parti pembangkang yang hanya pandai menabur pelbagai janji tetapi amat jauh dari kemampuan realiti mereka untuk menunaikan janji.
|
| Last Updated on Sunday, 19 August 2012 11:35 |
























