Banner

BANTUAN RAYA BUKAN RETORIK PDF Print E-mail
Written by Admin   
Saturday, 18 August 2012 13:13
Share

PERIKSA......Pang sedang memeriksa bekalan bantuan yang akan diageh-agehkan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

MENTERI Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Peter Pang Hin Yin berkata pemberian sumbangan berupa bantuan makanan dan wang raya bukanlah satu retorik pilihanraya kerana sudah menjadi budaya para wakil rakyat sejak mula pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS sehinggalah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sekarang.

Kata Pang, tujuan memberikan bantuan tersebut adalah sebagai tanggungjawab pemimpin kerajaan untuk bantu setiap golongan tidak kira Melayu/Bumiputera, Cina dan India yang ada di muka bumi ini' pastinya kebajikan mereka terpelihara di saat-saat menjelangnya sambutan apa sahaja perayaan untuk mereka menerima bantuan bagi meringankan sedikit beban mereka yang bakal menyambut perayaan.
Peter Pang berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas menyampaikan sumbangan beras dan lain-lain keperluan termasuk Angpau raya kepada lebih 30 orang penduduk Kampung Bokara Sandakan yang terdiri daripada golongan kurang berada.

“Memang tidak dinafikan setiap wakil rakyat kerajaan yang memberikan bantuan sebegini telah dieksplotasikan oleh parti pembangkang yang mendakwa bantuan tersebut merupakan retorik pilihanraya untuk memancing undi,” ujarnya.

Apa juga kurangnya tambah Pang para pemimpin bermusim seperti parti pembangkang memberikan bantuan kepada para penyokongnya juga merupakan satu taktik pancing undi untuk meraih simpati sokongan rakyat terhadap perjuangan parti-parti mereka.

Pang turut menasihati kaum muslim yang bakal menyambut hari raya agar berbelanja dengan cermat dan berhemah memandangkan harga barang-barang keperluan raya agak mahal.
“Dalam kesempatan ini saya bagi pihak keluarga, Pegawai dan kakitangan Pejabat ADUN Karamunting ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilftri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengundi/peduduk Karamunting,” katanya.

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Saturday, 18 August 2012 13:18