Banner

PEMUDA LIBARAN SEDIA PERTAHANKAN KERUSI PDF Print E-mail
Written by Admin   
Thursday, 16 August 2012 15:07
Share

 


MESRA…Suhaimi begitu mesra dengan para wartawan semasa menjamu selera juadah berbuka puasa.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : MAZLAN JANUARY

PERGERAKAN Pemuda UMNO Bahagian Libaran siap siaga menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini (PRU 13) pada bila-bila masa sahaja diadakan dari sekarang kerana akar umbi kini sudah bersiap sedia sepenuhnya membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi semua kerusi Parlimen Libaran, DUN Sungei Sibuga dan DUN Gum-Gum.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Libaran, Suhaimi Haji Nasir berkata demikian pada sidang Media sejurus selepas Majlis Berbuka Puasa bersama para wartawan daripada pelbagai media cetak, Elektronik dan Portal Online di sebuah hotel terkemuka malam tadi yang dianjurkan oleh Pemuda Bahagian UMNO Libaran.
Katanya, melalui kerjasama erat yang ditunjukkan oleh seluruh ahli UMNO dan komponen BN memang berkeyakinan penuh bahawa ketiga-tiga kerusi yang ditandingi oleh calon-calon BN mampu mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti yang besar pada PRU 13 nanti.

“Jangan mimpilah parti-parti pembangkang seperti PKR (Pakatan Rakyat) boleh memiliki ketiga-tiga kerusi tersebut kerana kawasan Libaran yang meliputi DUN Sungei Sibuga dan Gum-Gum adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak dulu sehingga sekarang,” tegas Suhaimi.

Apapun jelas Suhaimi, pihaknya akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dalam meningkatkan kerjasama yang erat agar segala usaha untuk memenangi semula ketiga-tiga kerusi tersebut tercapai seperti pilihanraya pada 2008 lalu.

Katanya lagi, sehingga ke hari ini keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap perjuangan UMNO dan BN masih kental dan mereka masih setia kepada kedua pucuk pimpinan UMNO Negeri dan Persekutuan iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Musa Hj Aman untuk menerajui kepimpinan UMNO/BN untuk selama-lamanya.

Ini jelas dan terbukti tambah Suhaimi, apabila setiap program yang dianjurkan oleh UMNO/BN mendapat sambutan rakyat yang begitu memberangsangkan di luar jangkaan masyarakat setempat kerana yang dekat dan jauh berduyun-duyun menghadirinya.

“Sempena bulan Ramadan Al-Mubaraq yang penuh berkat ini, saya selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Libaran dalam kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama sama sepenuhnya para media seperti Akhbar New Sabah Times, Portal Online Sabahkini.Net, Utusan Borneo, Bernama dan RTM kerana sentiasa mengikuti perkembangan UMNO Libaran dalam menyiarkan pada setiap masa apa jua program yang dijalankan oleh UMNO,” ujarnya.

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Thursday, 16 August 2012 15:09