Banner

PEMBANGKANG HANYA MENJUAL AIR LIUR SAHAJA. PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 10 August 2012 00:23
Share



SERAH …Masiung kelihatan menyerahkan replika cek bernilai RM20,000 kepada Persatuan Warga Emas Daerah Kinabatangan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : ISWADIMAN SHAMSUDDIN

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah berkata sebagai wakil rakyat BN beliau akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembangunan asas dan kemudahan-kemudahan lainnya tetapi kebajikan sosial dan sosio ekonomi rakyat perlu juga diutamakan dan terus terpelihara.

Katanya, dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mendukung pemerintahan negeri Sabah akan sentiasa komited dalam memberikan pelbagai bantuan kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain itu, tegas Masiung rakyat yang inginkan kemajuan dalam kepesatan dalam aspek pembangunan hendaklah terus memberikan sokongan terhadap segala usaha kerajaan untuk membawa perubahan dalam aspek pembangunan ke kawasan luar bandar.

“Rakyat juga perlu bijak memilih pemimpin dan parti pada pilihanraya umum akan datang ini yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa sahaja dari sekarang,” ujarnya.

Masiung berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan sebanyak RM20 ribu kepada Persatuan Warga Emas Daerah Kinabatangan dan sementara sumbangan peribadi Wakil Rakyat Kuamut sebanyak RM5,000 untuk Masjid Al-Jihad Kampung Pangkalan Bukit Garam, kelmarin.

Ini jelas dan dapat dibuktikan tambah Masiung bila mana kerajaan BN tetap menepati setiap janji terhadap rakyat berbanding janji pihak pembangkang dan pemimpin bermusim yang tidak pernah tertunai dan cakap berapi-rapi tetapi hanya menjual air liur sahaja.

“Untuk menikmati pelbagai kemudahan asas dan lain-lain prasarana di setiap kawasan yang diwakili, pelbagai jenis bantuan telah disalurkan kepada rakyat. Bantuan itu bukan sahaja melalui peruntukan kerajaan, malahan pemimpin BN sentiasa menyalurkan bantuan peribadi khususnya kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Katanya lagi, jika rakyat mahukan pembangunan beterusan dan juga bantuan berterusan dari semasa ke semasa, pastikan kerajaan yang sedia ada terus bersama kita selepas PRU ke 13 nanti.

Menurut Masiung, sehingga kini pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan ialah termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500.00; Bantuan 1 Azam,; Bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA); Program Bantuan Rumah (PBR) dan bantuan Subsidi Minyak.

Untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat, Masiung bersama penduduk-penduduk kampung Bukit Garam menghadiri Majlis berbuka puasa di Masjid Al-Jihad.

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Friday, 10 August 2012 00:24