Banner

KEMBALIKAN HAK SABAH PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 10 August 2012 00:16
Share

 



Oleh : LAHIRUL LATIGU

KITA telah lama menyambut kemerdekaan 31 Ogos 1957 yang menandakan telah 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Sesuatu yang tidak pernah disedari ialah pada tarikh tersebut Sabah dan Sarawak masih lagi berada di bawah jajahan British!

Kemerdekaan Sarawak hanya berlaku pada 22 Julai 1963 manakala Sabah 31 Ogos 1963. Rupanya kemerdekaan yang kini telah mencecah ke-55 tahun adalah sebenarnya kemerdekaan milik Tanah Melayu. Manakala Sabah dan Sarawak hanya menikmatinya ke -49 tahunnya, enam tahun selepas itu.
Tarikh 19 September 1963 jugalah baru nama Malaysia wujud setelah penggabungan Tanah Melayu/ Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Oleh itu dengan mengangkat tarikh 31 ogos 1957 telah menafikan peranan sebenar Sabah dan Sarawak dalam kemerdekaan Malaysia sebenar di samping menafikan perjuangan tokoh pejuang kemerdekaan sebenar kedua buah negeri ini.

Pemimpin-pemimpin Sabah juga telah berusaha untuk membebaskan Sabah dari penjajah dengan kesedaran politik yang tinggi. Mereka adalah Tun Datu Mustapha Datu Harun yang memimpin United Sabah National Organization (USNO) dan Donald Stephan yang memimpin United National Kadazan Organization (UNKO).

Dengan gagasan Malaysia, perjuangan mereka telah berjaya apabila pada 31 ogos 1963, Gabenor Borneo Utara (Sabah) ketika itu Sir William Goode, mengumumkan secara rasmi perisytiharan kemerdekaan:

“ …Hari ini adalah hari bersejarah untuk negeri Sabah, ia menandakan bermulanya pemerintahan sendiri dan kemerdekaan serta berakhirnya perjanjian”

(Sabah Times, Jesselton, 31 Ogos 1963)

Apabila menyertai Malaysia pada 19 September 1963 hak sabah telah jelas di dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang diperjelaskan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC Report). Namun kini, banyak hak yang termaktub telah dicabuli. Sabah terus ketinggalan berbanding kemampuan fizikal dan sumber buminya akibat dasar Umno dan Barisan Nasional.

Oleh itu, meraikan kemerdekaan Sabah perlu disuntik kepada seluruh rakyat Sabah bagi memberikan kesedaran terhadap perjuangan pemimpin terdahulu berjuang di samping membangkitkan semangat untuk mengembalikan maruah dan hak yang telah dinafikan.

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Friday, 10 August 2012 00:18