| KJ TUDUH PORTAL BERITA BUANG KOMEN PRO-BN |
|
|
|
| Written by Admin |
| Thursday, 09 August 2012 06:02 |
|
Share
Oleh : HAFIZ YATIM
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menuduh portal berita seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) membuang komen pembaca yang menyokong BN.
Ini, kata Khairy di majlis pelancaran Pasukan Siber Pemuda BN di Kuala Lumpur hari ini, telah menimbulkan gambaran bahawa golongan muda menyokong pembangkang.
"Apabila kita baca ruang komen di Malaysiakini dan TMI, begitu ramai yang menyokong pembangkang, sedangkan kita tahu editor mereka sekat komen yang menyokong BN," katanya.
Sehubungan itu, Khairy berkata, penubuhan pasukan Siber BN itu adalah untuk bertindak balas terhadap perkara dan bagi menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat yang betul dari BN melalui Twitter dan Facebook BNCT.
Dengan itu, katanya, golongan muda tidak merasakan seolah-olah mereka sendirian di ruang siber dalam menyokong BN.(MKINI)
Nota Editor: Sabahkini.net menyokong BoG iaitu tidak pernah menapis internet dan tidak pernah membuang sebarang komen pembaca sekalipun mereka melanggar terma penggunaan.)
|
| Last Updated on Thursday, 09 August 2012 06:03 |
























