Banner

POLIS TERLIBAT SKANDAL IC DIBERI MASA? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 08 August 2012 22:35
Share



Oleh : MOHD YUSRI BIN AZMAN SHAH

IKATAN Pencari Kebenaran Sabah (IKPS) kali ini ingin meminta agar polis yang terlibat dalam Mesyuarat Agung DPPIMS baru-baru ini yang telah dimaklumkan menerusi artikel 'Polis Sabah Lindungi Pandikutty Dan DPPIMS?' agar mengambil tindakan seperti yang diminta sesegera yang mungkin.

Kepada pembaca, kami tidak lagi berminat untuk menerbitkan terlalu banyak artikel sehingga pembaca juga sudah terlalu bosan kerana semua tahu perkara seperti ini tidak akan ada tindakan susulan seperti yang kita harap.
Namun, tuhan bersama kita apabila bukti kami semakin hari semakin bertambah. Terbaru, seorang anggota Polis telah menghadirikan diri ke dalam program yang melibatkan penjenayah dan mengeluarkan ucapan berusur ugutan dan menyokong tindak tanduk penjenayah.

Polis yang sepatutnya datang untuk menahan suspek sebaliknya menyokong dan mengeluarkan kenyataan sebaliknya. Setelah video dan audio tersebut telah kami terjemahkan dalam bahasa Melayu, kami terkejut dengan mendengar kenyataan polis tersebut yang mengatakan perkara-perkara yang melanggar undang-undang di negara kita. Jika video ini keluar, maka tahulah kita bagaimana sikap sesetengah pegawai polis di Sabah terutama daripada bahagian penting di jabatan polis.

Anggota Polis ini telah mengerluarkan ucapan seperti seorang yang langsung tidak berpelajaran. Beliau membuat ugutan dan menyalahgunakan kuasa yang diberi. Kerajaan bersusah payah membuat pelbagai program transformasi melibatkan semua anggota keselamatan, namun seorang dua anggota seperti anggota polis ini menyebabkan seluruh jabatan mengalami pelbagai masalah sehingga nama baik jabatan tersebut tercalar teruk.

Saya tidak ingin menyentuh banyak soal itu, ramai mengatakan di luar sana bahawa IPKS tidak mempunyai sebarang video dan audio mesyuarat tersebut. Namun, pembaca setia kami tahu apakah kami menipu atau bercakap benar. Kami telah memberikan pelbagai suspen dan mengatakan akan tampil dengan bukti di kemudian hari dalam artikel kami. Itu janji kami dan dalam kebanyakannya, kami telah tunaikan janji kami.

Namun, untuk makluman polis yang terlibat, kami tekankan bahawa kami betul-betul memiliki bukti video, audio dan saksi mengenai ucapan pegawai ini dalam mesyurat tersebut.

Kami tidak lagi mendedahkan video itu kerana kami mengharapkan polis yang terlibat mengambil tindakan sewajarnya. Janji kami dalam masa 10 hingga 15 hari, jika pegawai polis cawangan khas karamusing ini tidak mengambil sebarang tindakan termasuk mohon maaf, skandal yang melibatkan anggota itu sendiri akan kami dedahkan sehingga ke pegetahuan Ketua Polis Negara dan video itu pasti dimuat naik di YouTube.

Namun, kami akan dedahkan nama pegawai tersebut dahulu dalam masa 10 hari. Kemudian, kami akan dedahkan sebahagian video tersebut untuk memberitahu kami benar-benar memiliki video dan audio tersebut. Selepas itu, kami akan menayangkan rakaman tersebut kepada umum dan kami akan pastikan polis terlibat dikenakan tindakan disiplin sepatutnya kerana mengeluarkan ucapan berbaur ugutan selain menyokong dan mengambil rasuah daripada penjenayah. Ini usaha terakhir daripada kami.

Semuanya kita ada bukti. Jika polis itu benar-benar ingin menjaga kerjaya beliau, maka seharusnya mengambil tindakan sebelum nama beliau terdedah kepada umum. Kami akan menghargai dan berjanji akan melupuskan video tersebut.

Apa yang kami mahu, penjenayah Nasir @ Latiff, Musakkar dan semua rangkaian mereka ditumpaskan segera. Usah susah payah siasat kami IPKS siapa kerana kami tidak takut dan tidak akan tunduk dengan mana-mana pegawai polis lagi kerana kami yakin rakyat Sabah bersama kami.
Kami juga mendengar usaha-usaha sesetengah pihak untuk memastikan saksi-saksi kami memberi kenyataan sebaliknya sedang dilakukan. Namun harus diingat, semua bukti jelas ada pada kami. Jangan cuba memutar belit fakta untuk menyelamatkan diri. Ambilah peluang dan ruang ini.

Sesungguhnya kami tidaklah jahat sangat dengan terburu-buru menerbitkan video melibatkan anggota polis. Dari itu, pegawai tersebut harus tahu bahawa kami bersedia memberi kerjasama sebaiknya.

Kepada DPPIMS, tidak perlu terlalu risau rahsia kamu terdedah kepada umum. Di antara kami ada yang berpelajaran tinggi juga. Kami akan menapis video tersebut dan hanya mengeluarkan kenyataan dan pergaduhan yang berlaku pada hari mesyuarat agung tersebut.

Kami akan memastikan bahagian tidak penting video ini yang memudaratkan DPPIMS dibuang. Itupun jika DPPIMS berkerjasama dengan kami membuang keahlian para penjenayah dan suspek kami.

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Wednesday, 08 August 2012 22:39