Banner

RCI HANYA SEKADAR 'HALWA TELINGA'? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 07 August 2012 12:16
Share

YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,

RAKYAT Sabah mengalu-alukan kedatangan YAB Datuk Seri ke Sabah pada 11 Ogos ini kerana tidak sabar menantikan pengumuman RCI yang menjadi kini bukan lagi agenda pilihanraya, malah mimpi ngeri rakyat Sabah.

Namun berita palsu yang disiarkan oleh alat propaganda UMNO seperti TV3, Berita Harian dan sebagainya yang hanya sibuk menyiarkan tentang bagaimana kerajaan dengan tegasnya menangani isu PATI; sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata bertujuan untuk mengelabui mata rakyat yang mudah terpengaruh dengan media kerajaan dan rakyat yang tidak mendapat liputan atau membaca internet.
Sebaliknya pula, di satu kawasan pedalaman Sabah pula, yang tidak disiarkan dimana-mana alat propaganda kerajaan, ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) yang telah berkhidmat untuk jangka masa yang lama tetapi disebabkan mereka tidak mempunyai kelayakan yang sesuai kerana tidak mahu atau tidak mampu (kerana terlalu jauh) mengikuti KDC (Kursus Dalam Cuti) di Maktab Perguruan (IPG), menyebabkan mereka telah disingkirkan daripada berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Gaji mereka telah dihentikan semata-mata kerana tiada kelayakan yang sesuai walaupun telah berkhidmat untuk tempoh yang lama. Tetapi yang peliknya, Arsad Alwi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM DG44) SMK Balung yang telah terbukti tidak memiliki kad pengenalan yang sah, masih lagi berkhidmat tanpa dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan.

Walaupun banyak laporan polis telah dibuat dan isu Arsad telah dibawa ke parlimen oleh Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Chua Soon Bui, namun Menteri Pelajaran dan 220 Ahli Parlimen Malaysia termasuk Datuk Seri masih membutakan mata terhadap ketidak wajaran ini sehingga menyebabkan hati anak jati Sabah terguris oleh penghinaan luar biasa ini.

Buktinya, walaupun Arsad adalah anggota subversif, namun masih menerima gaji untuk Jun dan Julai dan kini tengah sibuk menilai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) guru-guru di bawah seliaannya. Apakah guru-guru di SMK Balung tidak sedar bahawa pada hakikatnya mereka dinilai oleh seorang yang boleh dikategorikan sebagai PATI dan Komunis?

Bahkan sesiapa sahaja yang disyaki oleh Arsad Alwi sebagai pembocor maklumatnya pasti akan mendapat markah SKT yang rendah sebagai pelampias dendam dan amarahnya.

(Sila klik untuk lebih jelas)
Sebagai rakyat Sabah, sekalipun tidak suka dengan tindakan Bumburing, namun tindakannya adalah demi membela maruah rakyat Sabah yang telah lama tertindas oleh Dasar Kewarganegaraan luar tabii yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia di era Tun Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri.

Berapa ramai lagi pemimpin Sabah yang harus mengorbankan diri demi menyelamatkan maruah ketika Kerajaan 1Malaysia pimpinan YAB Datuk Seri menjadikan 'Janji Ditepati' sebagai Tema Hari Kebangsaan 2012; sedangkan dalam masa yang sama isu PATI dan kerakyatan songsang di Sabah sejak 1970-an gagal ditangani Kerajaan Persekutuan?

Untuk renungan YAB Datuk Seri, apakah bezanya Arsad Alwi dengan GSTT di kawasan pedalaman Sabah? Guru-guru sandaran di kawasan pedalaman Sabah adalah merupakan rakyat jati Sabah serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, tetapi tidak memiliki kelayakan yang sepatutnya (GSTT); manakala Arsad Alwi pula seorang yang mempunyai ijazah pendidikan daripada Universiti Kebangaan Rakyat Malaysia (USM) tetapi tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah atau boleh dipanggil sebagai PATI. Mana satu yang lebih dasyhat?

Relakah YAB Datuk Seri membiarkan guru-guru tempatan berada di bawah pentadbiran seorang PATI? Apakah tindakan kerajaan UMNO di dalam menangani isu-isu seperti ini? Apakah pula tindakan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin Yussin selaku Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, iaitu anak jati Sabah pertama dilantik ke jawatan itu?

Ketika ini pun, Arsad Alwi dengan bangganya sedang memperlekeh-lekehkan sistem perundangan negara kepada suku-sakatnya kerana beranggapan bahawa kerajaan membela orang sepertinya dan tidak mengambil sebarang tindakan ke atasnya.

Arsad tanpa segan silu menyebarkan maklumat kepada staf SMK Balung dan para pelajar SMK Balung bahawa kad pengenalan H0740273 adalah miliknya dan telah disalahgunakan oleh Ramli Rasim (pemilik asal KP- Sila rujuk 'RCI Satu Malapetaka Di Sabah'.

Cuba YAB Datuk Seri bayangkan kalau ada 100 orang seperti Arsad Alwi dalam sistem pentadbiran dan keselamatan negara? Apakah yang akan berlaku kepada Negeri Sabah dan Malaysia ketika YAB Datuk Seri masih lagi menyanyikan gurindam dan pantun seloka; tanpa rasa malu menghebahkan 'Janji Ditepati' untuk menubuhkan RCI, sedangkan kes Arsad tidak berjaya diselesaikan?

Salam Hormat,

GURU TERTINDAS SMK BALUNG

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Tuesday, 07 August 2012 12:19