| RM5 JUTA UNTUK 2,514 PENEROKA FELCRA DI SABAH |
|
|
|
| Written by Admin |
| Monday, 06 August 2012 05:36 |
|
Share
SEMPORNA : Lebih 2,500 peneroka Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) di Sabah menerima dividen berjumlah RM5 juta.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setiap daripada mereka akan menerima antara RM3,000 hingga RM60,000 bergantung kepada syer yang dimiliki.
"Daripada jumlah itu, seramai 25 peneroka di daerah Semporna menerima dividen berjumlah RM521,000 yang diyakini dapat meningkatkan taraf ekonomi terutamanya kepada masyarakat luar bandar khususnya daerah Semporna.
"Kerajaan menyambut baik tindakan ini (pemberian dividen) selaras dengan hasrat kerajaan dalam memberikan kehidupan yang selesa kepada penduduk luar bandar," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau yang ditemui selepas menyampaikan dividen kepada peneroka Felcra daerah Semporna serta majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Bugaya, berkata sebanyak RM3.6 juta diperuntukkan Felcra bagi membayar dividen peneroka di Sarawak.
Kerajaan persekutuan katanya akan terus berusaha menyediakan infrastruktur asas yang baik kepada penduduk luar bandar selain menitik beratkan pembangunan ekonomi dan taraf hidup masyarakat kawasan berkenaan. (BERNAMA)
|
| Last Updated on Monday, 06 August 2012 05:37 |
























