| BN PELIHARA RAMAI PEMBELOT DI SABAH? |
|
|
|
| Written by Admin |
| Sunday, 05 August 2012 09:22 |
|
Share
Oleh : OSIN DIKUN
BARISAN Nasional Sabah sewajarnya dipersalahkan kerana membiarkan pemimpin dan tokoh politik di Sabah melakukan pembelotan terhadap parti dan kerajaan; malah menggunakan jentera BN dan Kerajaan untuk menyuburkan pengaruh pembangkang di Sabah.
Kemasukan dua orang 'Penderhaka' yang pengecut ke dalam aliran Pakatan Rakyat, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin membawa bersama keahlian parti masing-masing, menunjukkan BN Sabah tidak mempedulikan 'gertakan keling' dua 'Panglima' hilang gelanggang ini.
Walaupun riak politik yang cuba membadai Sabah berjaya ditampan Perdana Menteri melalui pemecatan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; namun UMNO dan UPKO mengambil masa terlalu lama untuk memecat keahlian 'Panglima' dan 'PangEnam' ini sehingga mereka mendapat simpati luar biasa daripada rakyat Sabah.
Dalam keadaan bertempik sorak dan gegak gempita seteru politik Datuk Seri Musa Aman iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berjaya melakukan silap mata 'memasukkan unta ke lubang jarum' sehingga seorang demi seorang tokoh mencuba nasib untuk menconteng arang ke muka Perdana Menteri.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Silam yang Pro-Shafie Apdal, Dr (Palsu) Haji Salleh Kalbi melakukan kesalahan disiplin apabila hadir dan berucap di Majlis SAPP yang ketika itu telah keluar daripada Barisan Nasional.
Barisan Nasional Sabah tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Salleh melainkan tidak memilih beliau sebagai Pengerusi Barisan Nasional Silam seperti tradisi BN sebelum ini yang melantik Ahli Parlimen sebagai Pengerusi BN Parlimen berkenaan.
Salleh kini mula berjinak dengan Pakatan Rakyat kerana telah menyumbang dana kepada Ketua Cabang PKR, Johani Abdul Halim; malah mungkin terpaksa menjilat ludahnya yang sebelum ini menjenamakan Anwar Ibrahim sebagai 'Kereta Terpakai'.
Salleh tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut jejak Bumburing dan Lajim kerana tidak lagi mendapat tempat di Silam setelah tidak memegang jawatan di dalam parti atau BN; malah tidak disenaraikan BN Silam untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2008.
Malah Salleh terpaksa bersaing dengan adik Shafie Apdal iaitu Datuk Haji Mohd Yusof Apdal yang mengidam kerusi Parlimen Silam setelah pernah dilucutkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Silam setelah Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau bersalah mengamalkan poitik wang.
Selain Salleh Kalbi, seorang lagi tokoh yang mempunyai hiraki sosial dan pengaruh yang kuat, iaitu Pengerusi GLC Kerajaan Negeri Sabah, Suria Capital Holdings Berhad yang juga Timbalan Pengerusi Sabah Forestry Development Authority (SAFODA); Tan Sri Ibrahim Menudin kini mula berjinak-jinak dengan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat setelah diwar-warkan akan dicalonkan di parlimen Labuan bagi menentang calon UMNO pada PRU-13.
Berdasarkan rekod perkhidmatan dan profail peribadinya yang memberansangkan, Ibrahim yang juga Mantan Penasihat Khas Ketua Menteri Sabah, menggunakan kedudukannya dalam Suria Capital dan beberapa GLC lain untuk mengukuhkan pengaruh politiknya dan tidak segan silu menghadiri beberapa acara pembangkang dan menemui pemimpin Pakatan Rakyat secara terbuka.
Mungkin Ibrahim lupa bahawa beliau tidak ubah seperti keldai yang membawa garam merentasi padang pasir namun tidak menyedari garam yang dibawanya larut ketika menyeberangi sungai yang dalam.
Persoalannya, kenapa tuan keldai (GLC) membenarkan keldai (Ibrahim) membawa garam sedangkan mereka tahu garam pasti larut di dalam sungai dan keldai (Ibrahim) langsung tidak mengetahui bahawa yang dibawa itu adalah 'Garam'!
Berjayakah Ibrahim melakukan kejutan dan menggigit tangan tuannya yang memberi makan selama ini dengan melakukan kejayaan 'Hatrick' iaitu Keldai yang mendapat kepercayaan tuannya; keldai yang berjaya makan di gudang PKR dan membuang najis di dulang BN; dan menjadi keldai pertama di dunia yang dipilih sebagai calon parlimen?
|
| Last Updated on Sunday, 05 August 2012 09:24 |
























