Banner

LDP SOKONG PEMECATAN LAJIM PDF Print E-mail
Written by Admin   
Wednesday, 01 August 2012 06:12
Share

 


WAWANCARA….V.K LIEW sedang diwawancara mengenai isu jawatan Timbalan menteri yang dibatalkan serta merta.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menyifatkan tindakan Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim MuAdzam Shah membatalkan serta merta jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang disandang Datuk Lajim Hj Okin memang wajar dan kena pada tempat; sejajar dengan Peruntukan Fasal (3) Perkara 43A bersama Fasal (5) Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan.

Kata V.K.Liew, tindakan tersebut wajar kerana jawatannya dalam kabinet digugurkan kerana beliau (Lajim) telahpun mengisytiharkan keluar daripada UMNO/BN dan sekaligus meletakan jawatan sebagai Ketua Cawangan, Pengerusi Barisan Nasional Beaufort, Ketua Bahagian UMNO Beaufort dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Demikian dijelaskan sendiri oleh Ahli Parlimen Sandakan, selaku Presiden LDP dalam satu sesi wawancara khas dengan Ketua Biro Sabahkini.Net Wilayah Sandakan Yacht Club di Sandakan, semalam.

Katanya, tindakan Lajim meninggalkan UMNO/BN mungkin jalan terbaik bagi dirinya untuk menyertai parti Pakatan Rakyat; kerana tiada sesiapa yang boleh menghalang kehendaknya.

“Siapa yang tidak kenal Lajim Hj Okin? Mari kita sama-sama kembali mengimbau sejenak sejarah 1994 di mana kerajaan PBS pada masa itu hanya menang dengan majoriti tipis pada pilihanraya umum (PRU ke 9). Apabila Lajim melompat ke dalam UMNO/BN, maka PBS hilang kuasa," kata V.K.Liew yang menjelaskan PBS telah memberikan pelbagai keistimewaan kepadanya, tetapi masih tergamak menghancurkan PBS yang turut diasaskannya.

“Sekarang dalam UMNO/BN, beliau cukup juga mendapat keistimewaan; menjawat jawatan yang cukup lumayan di persekutuan. Itupun masih tidak cukup. Kita tidak tahu apa lagi yang Lajim hendak daripada kerajaan UMNO/BN?” tanya V.K.Liew dalam nada kehairanan.

Pada pandangan beliau, kata V.K.Liew, ketiadaan Lajim dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedikitpun tidak menggoyah kedudukan BN di Sabah kerana ramai lagi pemimpin pelapis muda berkaliber yang bakal mengambil alih tempatnya.

Lagipun tambah V.K.Liew, dari awal-awal lagi memang sudah diduga Lajim memang minta dipecat. Itulah sebabnya dia (Lajim) tidak mahu meletakan keahliannya daripada UMNO dan juga jawatan Menteri kabinetnya sebab kalau dipecat dia kononnya hero banyak orang simpati terhadap dirinya.

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Wednesday, 01 August 2012 06:13