Banner

ISU TANAH BOLEH CETUS KEGANASAN PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 31 July 2012 20:34
Share



PINANGAH: Parti Reformasi Sabah (STAR) telah memberi amaran bahawa jumlah masalah perbalahan tanah di sabah yang semakin meningkat sedang menunjukkan tanda-tanda ia akan menjadi lebih buruk dan akhirnya akan membawa kepada tindakan-tindakan ganas jika kerajaan terus bersikap buta kepada masalah itu.

Dalam ucapannya di dalam satu demonstrasi menuntut hak tanah di sini 26 Julai lalu, Pengerusi STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menyuarakan kekecewaannya terhadap sikap kerajaan yang mengabaikan rakyat walaupun masalah tanah telah menimpa mereka sejak bertahun-tahun yang lalu.
“Saya tidak faham kenapa kerajaan tidak banyak bertindak untuk membantu rakyat anak negeri kita yang sedang dihalau dari tanah-tanah mereka, sedangkan hal-ehwal tanah adalah terletak di tangan kerajaan untuk menyelesaikan.

“Kerajaan BN telah lama berjanji akan menyelesaikan masalah rakyat dan melindungi hak-hak mereka tetapi ia nampaknya lebih menyebelahi syarikat-syarikat besar dan bukan menyebelahi rakyat kita yang miskin,” katanya sambil merujuk kepada kes yang sedang berlaku di sini di mana hak tanah adat mereka telah diluluskan kepada sebuah syarikat.

Dr. Jeffrey mengesali sikap acuh tidak acuh kerajaan yang tidak memberi respon yang sewajarnya kepada rungutan dan rintihan rakyat yang menjadi mangsa di mana satu kawasan yang sangat luas masih lagi belum dipulangkan kepada pemilik-pemilik anak negeri di sini.

Katanya, masih terdapat 9,000 ekar dalam kawasan Maxland yang masih tergantung dan ini belum lagi termasuk yang masih dimiliki oleh dua buah syarikat, sebagaimana dimaklumkan Ketua Penuntut Tanah, Petrus Eng.

Dr. Jeffrey juga menyentuh masalah di banyak kawasan yang berlaku perbalahan tanah, syarikat-syarikat besar menggunakan rakyat asing untuk menghalau anak negeri Sabah dari kawasan tanah mereka.

“Di Sukau pada awal tahun ini, kita terlibat dengan satu kes di mana syarikat telah membawa jentolak untuk merobohkan rumah-rumah penduduk dan pekerja-pekerja asing mengancam penduduk kampung itu agar meninggalkan rumah-rumah mereka,” katanya. “Tumpah darah telah dapat dielakkan cuma kerana para penduduk kampung Tombonuo di sana begitu bersabar dan tidak bertindak ganas.”

Katanya, kerana masalah-masalah ini, orang-orang kampung yang miskin terpaksa berserah nasib kepada mahkamah, tetapi kerana mereka miskin mereka dihalang oleh masalah kewangan dan masalah kurangnya dokumen-dokumen sebagai bukti.

“Oleh kerana itu nasib mereka sangat bergantung kepada sistem perundangan, kepada sikap tidak apa kerajaan, dan kepada syarikat-syarikat yang menggunakan pekerja-pekerja asing untuk mengancam mereka.

Dr. Jeffrey menambah bahawa cara penyelesaiian kerajaan yang memberikan geran milik bersama (communal title) sekarang ini sudah dipandang oleh para penduduk kampung sebagai hanya satu jenis penyelesaian sementara kerana melalui cara ini mereka hanya penjadi peserta pembangunan tanah tersebut oleh syarikat-syarikat, dan bukan sebagai pemilik.

“Cara ini nampaknya adalah satu muslihat untuk mengambil tanah mereka, satu jenis perampasan tanah. Di samping itu rakyat juga sudah jemu dengan cara ‘bantuan’ kerajaan yang dibuat dengan menghulurkan hamper-hamper kecil.

"Apa yang mereka mahu ialah penyelesaian yang berkekalan, dan bukan sekali-sekala mendapat buah tangan dalam bentuk minyak masak, bungkusan beras dan ikan masin,” ujarnya. “Bagi mereka ini adalah satu penghinaan kerana ia membuat dilayan seperti orang-orang bodoh seolah-olah mereka itu pengemis.”

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Tuesday, 31 July 2012 20:36