Banner

BAZAAR RAMADAN, ADUN SEKONG KECAM MPS PDF Print E-mail
Written by Admin   
Monday, 30 July 2012 05:54
Share

 


PENINDASAN…...ADUN Sekong Samsudin menyifatkan perbuatan MPS menekan peniaga Bumiputera di musim-musim bulan Ramadan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

AHLI Dewan Undangan Negeri Kawasan Sekong (ADUN) Datuk Haji Samsudin Yahya menyifatkan tindakan pihak Majlis Bandaran Sandakan (MPS) yang mengenakan tender terbuka kadar sewaan Gerai Bazar Ramadan sebanyak RM2,000 dalam tempoh sebulan benar-benar membebankan dan menekan para peniaga bumiputera di bulan Ramadan ini.

Katanya, mereka berniaga hanya setahun sekali untuk mencari pendapatan lebih sedikit bagi menjana ekonomi untuk keperluan bagi perbelanjaan untuk menyambut di hari lebaran nanti.
Datuk Samsudin berkata demikian ketika dihubungi oleh Sabahkini.Net kelmarin semasa diminta mengulas kenyataan media Timbalan Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Sabah (CAPS) Ali Ahmad seperti yang tersiar di akhbar Borneo Post pada 28 Julai 2012 yang bertajuk 'Ramadan Stalls Too Expensive Says Consumer Body'.

“Saya amat menyokong apa yang diperkatakan oleh Timbalan Presiden CAPS, Ali Ahmad mengenai tindakan MPS yang keterlaluan menyewakan gerai tersebut dalam tempoh masa yang singkat sebanyak RM2,000; sedangkan untungnya tidak seberapa dan ini juga menyusahkan kepada para peniaga bumiputera setempat,” jelasnya.

Sebagai Wakil Rakyat jelas Samsudin, beliau amat kecewa dan turut sedih kenapa pihak MPS terutama sekali Ahli MPS yang terdiri daripada Bumiputera tidak pernah terlintas di hati mereka tentang keputusan yang diambil mengenai kadar sewaan Gerai Bazar Ramadan yang terlalu tinggi; sedangkan mereka hanya menjual kuih muih, minuman dan sebagainya.

"Berapalah sangat keuntungan yang mereka perolehi dalam masa 4 jam sehari? Memang tidak berbaloi dengan sewa RM2,000 sebulan," ujar Samsuddin yang mengecam keras tindakan memanipulasi kadar sewa gerai kerana bercanggah dengan kemahuan dan visi Perdana Menteri.

Kata Samsudin, semua ini adalah angkara ahli-ahli MPS terutama sekali bumiputera yang tamak, sehingga sanggup membelakangkan kepentingan kaum bumiputera yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

"Gara-gara mahu mendapatkan keuntungan yang lumayan, tanpa memikirkan impaknya kepada mereka yang menjadi mangsa keadaan, mereka terus menindas rakyat. Kesannya, kami dimarahi rakyat," kata Samsuddin yang mendesak penjelasan MPS berhubung isu sewaan gerai berkenaan dan berharap insiden ini tidak berulang di masa akan datang.

WAWANCARA…….Ali CAPS sedang diwawancara menjelaskan Sewa RM2,000 Gerai Ramadan satu Penindasan Peniaga Bumiputera.

Dalam pada itu, Sabahkini.Net yang mewawancara Pengerusi CAPS Sandakan, Ali Ahmad yang mengecam habis-habisan terhadap Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS); terutama sekali bumiputera yang bertindak sesukahati tanpa menjaga perasaan kaum bumiputera.

"Ini semua gara-gara mahu angkat kaki Presiden MPS, mereka sanggup membelakangkan kepentingan kaum sendiri. Ini merupakan satu tindakan yang keterlaluan yang tidak boleh dimaafkan sehingga ke liang lahat,” tegas Ali.

Ali juga menyifatkan tindakan mereka boleh menggagalkan perjuangan parti Barisan Nasional (BN) dan mencemarkan nama baik pentadbiran kerajaan, terutama sekali kesan dan tempiasnya kepada UMNO/BN dan wakil-wakil rakyat BN yang ada di Sandakan ini.

“Saya sebagai ahli NGO memandang berat kezaliman dan kelaziman yang dilakukan MPS dan para kauselornya. Saya meminta SPRM turun padang menjalankan siasatan kerana percaya ada yang tidak kena, terutama cara pungutan dan kewajarannya,” tegas Ali yang mencurigai tindakan Presiden MPS dalam hal ini.

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Monday, 30 July 2012 05:56