| LAJIM TINGGALKAN KEMEWAHAN DEMI MARUAH? |
|
|
|
| Written by Admin |
| Sunday, 29 July 2012 15:51 |
|
Share
PENGISYTIHARAN…..Lajim bersama-sama pengikutnya mengisytiharkan berdiri teguh dan menyokong perjuangan Lajim meletakan jawatan sebagai AMT UMNO Malaysia dan Ketua Bahagian UMNO Beaufort.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
TINDAKAN Datuk Lajim Hj Okin keluar daripada BN dan mengisytiharkan meletakan jawatan daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan sekaligus meletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Beaufort, kelmarin merupakan satu tindakan yang tepat dan berani.
Apa yang dibuat oleh Lajim ini semuanya demi kepentingan rakyat kerana sanggup meninggalkan bukan sahaja jawatan yang disandang dalam kabinet bahkan meninggalkan segala keistimewaan yang ada padanya kerana semata-mata hendak membela nasib rakyat dan seterusnya meninggalkan kepimpinan negeri yang songsang dan tidak telus.
Timbalan Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat (PKR) cabang Beaufort, Taufiq Hj Ruschi yang dihubungi oleh Sabahkini Net untuk meminta pandangan dan menjelasan mengenai tindakan Lajim keluar daripada UMNO-BN malam tadi.
“Bagi pendapat dan pandangan peribadi saya kalau seseorang pemimpin daripada pembangkang yang menyertai parti kerajaan khususnya UMNO/BN; terutama sekali di akhir musim menjelangnya pilihanraya umum ini, tidak lain tidak bukan adalah untuk kepentingan peribadi sendiri bukan berjuangan untuk kepentingan rakyat sebab mereka akan diberi habuan dan dijanjikan pelbagai jawatan,” jelas Taufick.
Katanya lagi, kalau pemimpin daripada kerajaan yang meninggalkan UMNO/BN kemudian menyertai parti-parti pembangkang yang sedia ada, apa yang mereka dapat? Malahan wang ringgit sendiri mereka keluar.
Terdapat beberapa faktor kata Taufick lagi, yang perlu diambil kira dan menjadi tandatanya dan tidak sunyi juga pelbagai fitnah, cemuhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli politik sambil mendakwa mereka yang suka lompat dari parti ke satu parti dicap sebagai Katak dan tidak mempunya pendirian dalam perjuangan parti.
“Bagi pemimpin kerajaan, khususnya seperti Lajim dan Wilfred Bumburing keluar daripada BN/UMNO mungkin mereka sudah tidak sehaluan dan tidak setuju atau bosan dengan pelbagai karenah terhadap kepimpinan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah; yang dilihat tidak telus dan songsang kerana sering melakukan salahguna kuasa dalam menjalankan pentadbiran kerajaan negeri,” ujar Taufick yang mengalu-alukan tindakan berani Lajim keluar daripada UMNO/BN.
BERUCAP…Lajim berucap dihadapan lebih 500 orang pengikutnya sambil menjelaskan pendiriannya kenapa keluar daripada UMNO/BN?
“Tidak juga sunyi terdapat segelintir pemimpin, sama ada datangnya daripada pembangkang mahupun parti pemerintah; apabila seseorang itu tidak dicalonkan semula untuk bertanding pada PRU 13 nanti, mereka marah merajuk lantas keluar daripada UMNO/BN. Tindakan ini namanya bukan perjuangan tulen. Baru boleh dicap sebagai pengkhianat kepada parti, kerajaan dan rakyat dan golongan ini adalah untuk kepentingan sendiri tidak boleh pakai,” ujarnya lagi.
Apapun tambah Taufick, keberanian Lajim yang bertindak sedemikian merupakan seorang pemimpin yang gentlemen dan sedikit sebanyak akan menggugat kekuatan perjuangan UMNO/BN bukan saja di kawasan Beaufort bahkan turut dirasai oleh bahagian-bahagian UMNO/BN lainnya.
"Mungkin selepas ini PBS atau UPKO juga akan bertindak mengikut jejak Lajim dan Bumburing keluar daripada UMNO dan komponen BN, kita tunggu dan lihat seterusnya senario politik di Sabah yang semakin goyah dan gusar ini," kata Taufick membayangkan politik Sabah akan membadai sebelum pilihanraya umum.
Sabahkini.Net difahamkan buat sementara waktu ini, Lajim belum lagi menjelaskan mengenai pendidiriannya mahu menyertai parti pembangkang yang mana. Enam bulan yang lalu, Lajim di gembar-gemburkan menubuhkan parti baru iaitu Sabah People Front (SPF) tetapi nampaknya andaian meleset dan tidak tepat cuma satu spekulasi semata-mata.
|
| Last Updated on Sunday, 29 July 2012 15:55 |

























