Banner

SABAH PERLU TRIBUNAL TANAH PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 24 July 2012 11:21
Share

KOTA KINABALU : Tribunal mengenai perkara berkaitan tanah diperlukan segera di Sabah, kata seorang peguam pada Isnin.

Kong Hong Ming berkata Jabatan Tanah dan Ukur Sabah tidak dapat menampung jumlah tuntutan di seluruh negeri dan memerlukan pendekatan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah itu.
"Terdapat kira-kira 7,115 pihak menuntut tanah di beberapa daerah dan mereka ini masih menunggu permohonan masing-masing diproses.

"Ada antara mereka yang sudah agak lama menantikan maklum balas, sering berulang-alik untuk bertanyakan perkembangan tuntutan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kompleks mahkamah di sini.

Kong berkata cadangan menubuhkan tribunal untuk menguruskan perkara berkaitan tanah pribumi itu pada mulanya dicadangkan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum awal tahun ini dan disambut baik oleh kerajaan negeri. (Bernama)

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Tuesday, 24 July 2012 11:22