| BRITISH IKTIRAF PERANAN BUGIS |
|
|
|
| Written by Admin |
| Monday, 23 July 2012 06:23 |
|
Share
LANCAR.....Yee Moh Chai (dua, kanan) memberi salam tahniah kepada Penulis Ken Goodlet (dua, kiri) selepas majlis Pelancaran Buku bertajuk 'Tawau The Making of A Tropical Community' di Wisma Bandaraya dekat Kota Kinabalu. Turut sama Penerbit buku Datuk C.L Chan (kanan) dan tetamu khas Datuk Chin Su Phin (kiri).
By : ISMAILY BUNGSU
SEJAK dahulu apa yang saya katakan hal BUGIS tetap sama dan tidak berubah sebab sejarahnya sudah begitu kala ramai tidak memahami sejarah dan tidak berusaha mengkaji sejarah dan kesannya jadi tidak menentu dan timbul sikap hina menghina.
Bugis tetap orang Sabah sejak sekian lama di Sabah, apa lagi 20 Perkara sudah menjelaskan keadaan sebenarnya. Lalu kenapa dipertikaikan?
Saya seperti dulu tetap bertegas bahawa yang dimaksudnya PATI ialah Bugis yang baru sahaja datang kelmarin dan pengertian ini bukan saja Bugis, tetapi termasuklah bangsa Brunei, Pakistan, Sulok, China dan pelbagai bangsa. Ini harus dimengertikan di kala PM sendiri, sukunya Bugis dan Tun Mustapha Suluk.
Barangkali perlu saya jelaskan di sini untuk menjernihkan keadaan. Cuba baca tesis sarjana KJ Goodlet dari University of Sydney “The Origin Anda Early Development of The Tawau Community 1890-1942” tahun 1977.
Kedua kena rujuk juga laporan yang dicatatkan dalam The British North Borneo Herald (The BNB Herald) di Arkib Negeri Sabah. Rajin-rajinlah ke Arkib Negeri Sabah untuk mengetahui lebih lanjut.
Goodlet menyatakan orang Bugis mula bertapak di Tawau seawal tahun 1882 apabila seorang pedagang Bugis yang bernama PUADO yang bermaksud Tuan Adat/Hakim. Beliau memang berasal dari Wilayah Bone, Sulawesi Selatan dan melarikan diri ke Kalimatan akibat kesan pemberontakan di wilayah asalnya.
GAMBAR.....Yee Moh Chai (kiri) bersama Penulis Ken Goodlet (dua, kanan) menunjukkan gambar-gambar bersejarah yang terkandung di dalam buku "Tawau The Making of A Tropical Community" selepas majlis Pelancaran buku tersebut.
Ketibaan PUADO ketika itu di Tawau bersama sekitar 25 orang terdiri Bugis, Suluk, Tidung dan Bajau dan kemudian mengusahakan tanah di kawasan Tawau Lama. Penyelidik mendapati dengan jelas kedatangan Puado di Tawau sebelum kehadiran British kerana pusat pentadbiran British di Sandakan.
Bagi menyokong kenyataan ini, menurut buku The British North Borneo Herald bertarikh 1 November 1892 yang AR Dunlop bertugas sebagai Penolong Residen British dan melantik PUADO sebagai 'Penghulu' dan ini disahkan oleh HE The Gavernor British dan memang ada buktinya bertarikh lantikan pada 1 November 1892. Nah, ini bukti pengiktirafan British terhadap Bugis.
Nah, ini sekadar catatan ringkas saya dan bolehlah diguna untuk perbincangan selanjutnya demi menjernihkan keadaan dan mari kita bicara secara FAKTA dan tidak bercakap sesuka hati kerana boleh membakar 'api kemarahan' di kalangan kita.
|
| Last Updated on Monday, 23 July 2012 06:24 |

























