| BUMBURING NAFI TERLIBAT DENGAN PPS |
|
|
|
| Written by Admin |
| Tuesday, 17 July 2012 12:00 |
|
Share
TIMBALAN Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing menolak sangkaan jahat pihak tertentu yang mengaitkannya dengan Parti Perikatan Perubahan Sabah (PPS) sebagaimana yang didakwa melalui artikel Free Malaysia Today bertajuk 'High Stakes ‘Gamble’ In Sabah Politics'.
Setiausaha Politiknya, Lesaya Lopog Sorudim yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi menafikan sekeras-kerasnya laporan media berkenaan dan menyifatkannya sebagai 'prasangka buruk yang tidak berasas dan berniat jahat'.
"Datuk Seri menolak sangkaan atau tuduhan bahawa beliau ada kaitan dengan penubuhan Parti Perikatan Perubahan Sabah (PPS). Beliau sama sekali menyangkal dakwaan bahawa beliau ada turut campurtangan dalam penubuhan parti tersebut, apa lagi untuk kononnya menjadi salah seorang pemimpin dalam parti yang disebutkan itu," ulang Lesaya lagi yang menyifatkan kenyataan tidak bertanggung jawab berkenaan disebarkan oleh musuh politik bossnya.
Lesaya menyatakan Bumburing akan membuat kenyataan rasmi dalam masa terdekat bagi mematikan khabar angin yang semakin kencang bahawa beliau akan meninggalkan BN dan menubuhkan parti baru atau bergabung dengan parti pembangkang.
Usaha Sabahkini.net menghubungi Bumburing sejak minggu lalu gagal kerana nombor telefon kediaman rasminya telah ditukar. Manakala telefon bimbitnya tidak berfungsi.
|
| Last Updated on Tuesday, 17 July 2012 12:01 |
























