Banner

PENDUDUK TONGOD MAHU PERUBAHAN PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 17 July 2012 10:47
Share

DJ....Ke mana Masiung Banah (kiri) membawa diri jika penduduk Tongod mahukan Nurfaizah? Mungkinkah beliau akan menjadi wira rakyat seperti Bumburing yang bakal digantikan Madius Tangau?

TONGOD: Kebanyakan penduduk daripada beberapa kampung dalam daerah Tongod mahukan perubahan serta muka baru untuk menjadi wakil rakyat mereka pada sesi lima tahun akan datang.

Kesemua mereka yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah, remaja dan warga emas berkata demikian kepada New Sabah Times yang membuat liputan pada majlis suai-kenal dan amal yang berlangsung di Balai Raya Kampung Entilibon dekat sini pada 14 Julai lalu.
Kira-kira 3,000 orang menghadiri majlis suai kenal dan amal itu.

Beberapa orang kuat dari parti pembangkang yang hadir pada majlis sehari itu juga turut memberi komen serupa.

Ketua Cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kampung Minusuh, Liven Sigil, 50, berkata pemimpin kawasan Kuamut yang dipilih oleh rakyat pada Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12 tidak membela nasib rakyat kawasan itu seperti yang diharapkan.

“Penduduk kampung tidak dapat menyuarakan masalah yang dihadapi kerana pemimpin yang ada sekarang iaitu Masiung Banah susah untuk dihubungi dan beliau hanya hadir pada majlis yang tertentu sahaja,” kata Liven.

Liven berkata penduduk kampung mahu seorang pemimpin yang bertanggungjawab, selalu turun padang untuk mengambil tahu masalah rakyat dan mengambil tindakan susulan.

“Walaupun saya dan pengikut saya daripada parti PKR, kami menyokong 100 peratus dan akan memastikan kemenangan sekiranya presiden parti Upko Tan Sri Bernard Dompok dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Upko mencalonkan Norfaizah Chua sebagai calon bertanding pada PRU Ke-13 ini,” kata Levin.

Levin berkata walaupun Norfaizah Chua belum dinamakan sebagai bakal calon Upko bertanding pada PRU akan datang, beliau (Norfaizah) telah mengadakan majlis suai kenal dan amal terhadap penduduk di kesemua kampung dalam kawasan Kuamut sejak beberapa tahun lalu.

Selain Levin, empat orang penduduk kampung, Rickly Amai, 38, Ridhwan Hamid, 28, Asing Menggama, 42, dan Rokin Inggo, 47, berkata Norfaizah mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan perihatin dengan masalah penduduk kampung.

“Kami perhatikan sejak beliau menganjurkan pelbagai majlis amal di kampung-kampung dalam kawasan Kuamut bukan untuk melobi tetapi memberi bantuan secara ikhlas yang termampu kerana majlis yang diadakan hanya menjurus kepada kesejahteraan rakyat tempatan,” kata mereka.

Mereka berkata sekiranya Norfaizah Chua diberi peluang sebagai calon pada PRU-13, dan membuktikan bakat yang sedia ada, dan akan memberi kemenangan kepada Norfaizah.

Mereka berkata Norfaizah merupakan adik bongsu kepada wakil rakyat pertama kawasan Kuamut iaitu Allayarham Datuk Haji Abdul Malek Chua.

“Norfaizah serta suami beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan dikenali serta disenangi oleh penduduk kampung kawasan Kuamut, Norfaizah sudah terdedah dengan arena politik tempatan daripada Allayarham abangnya dan faham tugas sebagai seorang pemimpin,” kata mereka.

Mereka berkata dari pergaulan dan percakapan Norfaizah jelas menunjukkan beliau akan mendokong cita-cita kerajaan untuk memajukan dan meningkatkan kehidupan dan pendapatan rakyat tempatan dan mencapai Wawasan 2020.

“Kami sudah lama mengharapkan seorang pemimpin yang berjiwa rakayat seperti Norfaizah setelah pemergian abang beliau, walupun dia seorang wanita, kerana pada masa kini banyak wakil rakyat wanita yang mampu bersaing dengan kaum lelaki,” kata mereka. (ST)

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Tuesday, 17 July 2012 11:20