Banner

'MANSUH EO MUNGKIN SEBABKAN JENAYAH NAIK' PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 13 July 2012 01:34
Share

 


Oleh : AIDILA RAZAK

PEMANSUHAN Ordinan Darurat (EO) sedang dipertimbangkan sama ada menjadi faktor terhadap peningkatan kadar jenayah, kata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah Eugene Teh berkata, pihaknya kini masih meneliti kesahihan hipotesis itu.
"Kita sedang meneliti sama ada ia menjadi penumbang utama atau hanya (faktor) subset," katanya dalam program penerangan unit itu kepada media hari ini.

Beliau menambah, pihaknya juga sedang menjejak beberapa kes terkini bagi melihat sama ada ia berpunca daripada pembebasan tahanan Simpang Renggam ekoran pemansuhan EO.

Teh mengakui berlaku peningkatan jenayah ganas tetapi sebab jelasnya masih belum pasti setakat ini. (MKINI)

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Friday, 13 July 2012 01:34