Banner

PENGAKAP LAHIRKAN MODAL ISAN CEMERLANG PDF Print E-mail
Written by Admin   
Saturday, 07 July 2012 12:07
Share

 


SAMBUT...... Abdul Rahman disambut oleh sebahagian pemimpin pengakap pada majlis tersebut.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

PROGRAM julung kali itu turut mendapat penyertaan negara luar seperti Brunei Darussalam dan Hong Kong kerana lebih 2,000 ribu ahli Pengakap seluruh negeri terlibat dalam Pra-Jambori selama 6 hari bermula Jumaat lalu.

Berucap pada majlis itu Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata, disiplin, taat setia dan semangat berpasukan yang diterapkan dalam Pra Jambori berjaya melahirkan generasi muda yang bertrampilan, pro-aktif dan berdaya saing.
Menurutnya, pelbagai aktiviti pengakap yang disediakan memberi manfaat khususnya dalam merealisasikan usaha kerajaan melahirkan modal insan negara yang berjaya dan cemerlang pada masa depan.

Katanya lagi, penglibatan peserta dari pelbagai etnik dalam program tersebut turut menyemarakkan Gagasan 1Malaysia yang menjadi tunjang kepada keamanan dan kemakmuran negara melalui semangat perpaduan dan integrasi kaum yang wujud di negara ini.

Hadir sama pada majlis itu antaranya ialah Timbalan Ketua Pesurujaya Pengakap Negara, Datuk Awang Zaini Suntim; Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Norman Rayn Datuk Awang Zaini; Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Kaplin Lahut; Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Pantai Barat Utara, Abas Jafar; Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Jitom; Ketua Unit Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Daerah Kota Belud wakil Pegawai Pelajaran Daereh Kota Belud, Mastan Gaga serta para pemimpin setempat yang lain.

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Saturday, 07 July 2012 12:08