Banner

KPDNKK RAMPAS PAKAIAN TIRUAN RM500,000 PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 06 July 2012 16:36
Share

 


KOTA KINABALU : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sabah merampas hampir 100 guni pakaian pelbagai jenama tiruan yang dianggar bernilai RM458,000 dalam serbuan di sebuah rumah teres di Taman Mount Tiara, Penampang, dekat sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Sabah Rosle Abd Hamid berkata kesemua pakaian tiruan yang dirampas dalam serbuan pada pukul 2 petang itu dipercayai diimport dari China dan Indonesia bagi pasaran di negeri ini.
Beliau berkata antara pakaian yang dirampas ialah 1,330 jaket jenama Nike, jaket jenama Adidas (250), seluar jeans jenama Levis (2,540), baju T jenama Adidas (4,030) dan seluar pendek jenama Adidas (4,320).

"Siasatan awal mendapati pemilik rumah yang merupakan peniaga berusia 52 tahun itu menjadikan sebuah rumah bersebelahan rumahnya sebagai stor penyimpanan pakaian tiruan.

"Semua aktiviti pemunggahan dan penghantaran pakaian dilakukan sekitar pukul 2 pagi," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin. (Bernama)

blog comments powered by Disqus
Last Updated on Friday, 06 July 2012 16:36