| INSTITUSIKAN SEGERA MAHKAMAH ANAK NEGERI |
|
|
|
| Written by Admin |
| Thursday, 22 March 2012 10:25 |
|
Share
PERGERAKAN Pemuda UPKO Pusat berharap peruntukan RM60 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membina Institusi Mahkamah Anak Negeri dapat dilaksanakan dengan segera. Exco pergerakan itu, Felix Joseph Saag berkata, pelaksanaan itu pastinya akan dapat memperkasakan lagi Institusi Mahkamah Anak Negeri Sabah setaraf dengan Mahkamah Sivil dan Mahkahmah Syariah dalam bidang kuasa masing-masing.
“Pemuda UPKO berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan peruntukan tersebut, dan diharap bangunan baru ini akan membolehkan Mahkamah Anak Negeri dimartabatkan setaraf dengan Mahkamah yang lain.
“Kami juga berterima kasih kepada Tan Sri Benard Dompok selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kabinet bagi Bumiputera Sabah dan Sarawak kerana menyuarakan dan memastikan agar peruntukan itu dapat diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.
Felix berkata, ia membuktikan bahawa Upko benar-benar komited membawa imej dan meletakkan Mahkamah Anak Negeri Sabah ke satu tahap yang lebih tinggi.
Katanya lagi, dalam konvesyen UPKO yang lalu telah pun membincangkan dan bersetuju agar Intitusi Mahkamah anak Negeri dapat ditubuhkan supaya ianya dapat memperkasa dan meningkatkan lagi martabat Mahkamah Anak Negeri Sabah.
“Pemuda UPKO berpendapat sudah tiba masanya Mahkamah Anak Negeri ini dinaik taraf sama seperti Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.
“Kita juga berharap agar bangunan baru bagi Mahkamah Anak Negeri ini dapat dibina disetiap daerah kelak. Kita difahamkan peruntukan telah pun diluluskan sebelum ini untuk mewujudkan Mahkamah Anak Negeri di daerah Penampang, Keningau, Sandakan, Ranau, Kudat dan Lahad Datu manakala Institusi Hal Ehwal Anak Negeri Sabah juga akan dibina,” katanya.
Felix berkata, perkembangan ini amat dialu-alukan oleh Pergerakan Pemuda UPKO Pusat. |
























